Ali Abdul Jalil lari ke negara Sweden minta suaka politik | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 25, 2014

Ali Abdul Jalil lari ke negara Sweden minta suaka politik

Elok la Ali Abdul Jalil pi Sweden minta suaka politik. Memang keselamatan dia tak terjamin dalam negara tambah-tambah dia didakwa menghina kerabat diraja Johor yang memang terkenal dengan sejarahnya.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Aktivis Ali Abd Jalil yang berdepan dakwaan dan tekanan pihak berkuasa Malaysia kini berada dalam keadaan selamat di luar negara dalam usahanya mendapatkan suaka politik, kata kakaknya Asiah.

Beliau mengesahkan kepada The Malaysian Insider, adiknya ada membuat panggilan telefon memaklumkan dia tiba di negara tersebut Selasa lalu, tetapi Asiah enggan menyatakan negara yang dimaksudkan. - TMI.
Juga dilaporkan:
Aktivis Ali Abd Jalil yang berdepan dakwaan dan tekanan pihak berkuasa Malaysia kini berada dalam keadaan selamat di luar negara dalam usahanya mendapatkan suaka politik, kata kakaknya Asiah.

Beliau mengesahkan kepada The Malaysian Insider, adiknya ada membuat panggilan telefon memaklumkan dia tiba di negara tersebut Selasa lalu, tetapi Asiah enggan menyatakan negara yang dimaksudkan. - Ibid.
Juga dilaporkan:
"Ali berjaya menjalani proses mendapatkan visa. Majistret negara tersebut sudah meluluskan visa. Kini Ali dalam proses memohon suaka politik daripada negara itu.

"Tetapi, beberapa proses perlu dijalani terlebih dahulu, antaranya pengesahan yang Ali ialah warganegara Malaysia dan bentuk ancaman yang dihadapinya," katanya.

Namun Asiah berkata keluarganya menyokong penuh tindakan adiknya tersebut memandangkan tiada jaminan keselamatan buat Ali jika dia terus kekal berada di Malaysia.

"Banyak ancaman dan tekanan dihadapinya, malah beliau juga menerima ancaman bunuh.

"Laporan polis sudah dibuat. Tetapi, laporan sahaja dibuat. Kita pun tahu tiada tindakan akan diambil," katanya.

Ali sebelum ini menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di Facebook.

Beliau juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan kemudiannya pada 29 September.

Amnesty International menyifatkan Ali sebagai "Banduan Hati Nurani" sebagai usaha menghentikan apa yang mereka sifatkan "pendakwaan terpilih". - Ibid.
Elok la Ali pi keluar negara minta suaka politik. Memang keselamatan dia tak terjamin dalam negara tambah-tambah dia didakwa menghina kerabat diraja Johor yang memang terkenal dengan sejarahnya.

Tara Anwar Ibrahim, sorang tokoh besar politik Malaysia, bekas Timbalan Perdana Menteri pun hampir mati kena belasah dalam lokap, inikan pulak Ali Abdul Jalil seorang anak muda yang bukan sapa-sapa.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...