Rayuan: Hukuman lebih berat menanti 2 Adun 'barua' oleh MSU? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 25, 2014

Rayuan: Hukuman lebih berat menanti 2 Adun 'barua' oleh MSU?

Tak mustahil Majlis Syura Ulama akan lebih 'berlaku adil' kepada Presiden PAS berbanding kepada 2 Adun 'barua' tu dengan MSU mengenakan hukuman lebih berat kepada 2 Adun 'barua' tu seperti 'hasrat' Presiden PAS.

kredit imej: malaysiagazette.com
Harakahdaily melaporkan:
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengalu-alukan rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin berhubung penggantungan keahlian PAS kerana menyokong Presiden PKR, Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Jelas beliau, keputusan telah dibuat pada mesyuarat PAS Pusat sebelum ini dan mereka diberi peluang untuk mengemukakan rayuan. - Hrkh.
Sebelum ni Harakah juga ada melaporkan:
Adun PAS Hulu Kelang, Saari Sungib yang digantung keahlian berkuat kuasa 12 Oktober lalu, akan mengemukan rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS minggu depan,

Beliau yang dipetik portal Mstar Online sebagai berkata bahawa, surat rayuan tersebut akan diserahkan sendiri di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada Isnin. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Jawatankuasa PAS Pusat pada 12 Oktober lalu membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan seorang lagi, Hasnul Baharuddin (Adun Morib) selama setahun berkuat kuasa tarikh sama.

Kedua-duanya bagaimanapun mempunyai ruang untuk membuat rayuan secara bertulis Kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 14 hari, mengikut fasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011. - Ibid.
Aku dok ingat Adun Hulu Kelang dan Morib ni takmau buat rayuan, pasainya pada aku hukuman yang dikenakan kat depa berdua ni 'sudah cukup ringan.'

Maksud aku, macam yang aku dah ulas dalam posting aku sebelum ni:
Memang mustahil la kut untuk JKK PAS Pusat untuk buat keputusan depa berdua tak bersalah dalam keadaan Presiden PAS TG Hj Hadi sendiri dah belasah depa berdua tu sebagai 'BARUA' yang melanggar baiah.

Mana Presiden PAS nak letak muka kalau tiba-tiba mesyuarat JKK PAS Pusat buat keputusan 2 Adun tu tak bersalah. Kalau cuma diberi amaran pun tak 'memadai' dengan 'kemarahan' Presiden PAS kepada depa berdua dalamn ucapan penggulungan Muktamar Agung PAS baru-baru ni. - Ibid.
Malah, 'otak jahat' kata tak mustahil kalau 2 Adun tu buat rayuan kepada MSU bukan sekatat takkan mengurangkan hukuman tapi akan kenakan hukuman yang lebih berat kepada 2 Adun 'barua' tu.

Rasionalnya macam yang peguam Zulhazmi update dalam facebook dia:
Daripada 16 orang ahli sedia ada, lapan (8) daripadanya ialah Ahli JKPP. Mereka ialah :
a) Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang;
b) Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man;
c) Ustaz Idris Ahmad;
d) Ustaz Nasruddin Hassan;
e) Dato' Nik Zawawi Nik Salleh;
f) Dato' Dr Mahfodz Mohamed;
g) Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri; dan
h) Dato' Ahmad Yaakob

Lapan (8) orang ahli MSU ini juga turut sama berada di dalam JKPP sebagai ahli dalam proses menggantung dua (2) Adun tersebut. Bagaimana mereka akan bertindak semasa proses rayuan dibuat nanti?

Mereka menggantung dan sekarang mereka juga akan mendengar rayuan? Timbullah apa yang kita sebutkan sebagai pertembungan kepentingan (conflict of interest) dan akan melibatkan berat sebelah (bias).

Bolehkah mereka ini berkecuali? Bolehkah mereka ini bersikap adil dan dilihat adil dalam memutuskan rayuan? - Facebook.
Tak mustahil Majlis Syura Ulama akan lebih 'berlaku adil' kepada Presiden PAS berbanding kepada 2 Adun 'barua' tu dengan MSU mengenakan hukuman lebih berat kepada 2 Adun 'barua' tu seperti 'hasrat' Presiden PAS yang tak dipersetujui mesyuarat JKK PAS Pusat pada 12 Oktober

Kalau ikut 'minit bocor' yang sampai kat aku, ada yang bagitau TG Presiden sebenarnya nak 2 Adun tu digantung sampai habis penggal Adun dan satu lagi sumber bagitau TG Presiden nak 2 Adun tu dipecat keahlian.

Aku tak pasti yang mana satu betul tapi aku yakin, hukuman yang TG Presiden nak kenakan lebih berat dari sekadar gantung keahlian setahun.

Shaari dan Hasnoll sebenarnya sangat bernasib baik sebab dalam JKK PAS Pusat ada beberapa AJK yang berani 'mempertikai' kemahuan Presiden tapi dalam senarai 16 ahli MSU aku tak nampak walau sorang pun yang akan 'menyebelahi' 2 Adun 'barua'.

Tambah-tambah Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz sendiri sebelum ni dah pun keluarkan kenyataan sokong keputusan yang JKK PAS Pusat buat tu.

Apa pun, aku harap 'option secario' otak jahat aku tak jadi kenyataan macam yang Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub harapkan:
Beliau yakin dengan sikap fleksibel MSU, perkara tersebut dapat diselesaikan dengan lebih baik.

"Terpulang kepada kebijaksanaan dan pendirian kedua-dua Adun tersebut dan saya yakin MSU akan lebih fleksibel dalam membuat keputusan yang terbaik.

"Apa yang harus dilakukan adalah jalinan perlu ada antara mereka," sambung beliau. - Ibid.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...