Aksi BANGANG pemimpin DAP ni depa nak apa sebenarnya? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 11, 2014

Aksi BANGANG pemimpin DAP ni depa nak apa sebenarnya?

Takkan marah sampai buat aksi BANGANG macam tu, lagi pun Oktoberfest tu 'pesta arak' la, lain la kalau PAS larang orang bukan Islam nak minum arak langsung

Semalam Harakahdaily melaporkan:
Penganjur pesta arak ‘Oktoberfest’ belum mendapatkan permit dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mengadakan acara itu yang dijadualkan berlangsung di sebuah pusat membeli-belah di kawasan pentadbiran itu.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, sehingga hari ini pihak penganjur, gagal untuk mendapatkan kelulusan, lapor Selangor Kini. - Hrkh.  
Juga dilaporkan:
“Saya diberitahu oleh MBPJ bahawa pihak penganjur tidak diberi kelulusan," kata beliau ketika ditemui pemberita seusai majlis Perhimpunan Pagi Bersama Penjawat Awam Daerah Kuala Langat di Dewan Sri Jugra, Banting hari ini.

Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, penganjur sepatutnya perlu menunjukkan kelulusan yang diterima daripada agensi-agensi berkaitan (polis dan Kastam) sebelum datang ke MBPJ untuk mendapatkan permit. - Ibid.
Kemarin dulu RakyatNews melaporkan:
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini mempertahankan penganjuran pesta Oktoberfest diadakan di negeri itu.

Pemimpin DAP itu berkata, pihak penganjur telah memenuhi syarat ditetapkan sebelum ini malah mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pihak penganjur juga sedia maklum dengan semua perkara yang telah saya umumkan sebelum ini.

“Oleh itu, jika pihak penganjur memenuhi syarat yang sama, tiada sebab permit tidak akan diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini. - RakyatNews.
Tak faham sungguh aku dengan pemimpin DAP ni macamana boleh keluarkan kenyataan macam tu sedangkan MB Selangor keluarkan kenyataan yang nampak bercanggah.

Lagi bertambah tak faham aku bila dalam facebook dah viral gambar-gambar pemimpin DAP turut hadir 'bagi sokongan' kepada pesta arak tu.





Aku cukup tak faham dengan mainan terbaru para pemimpin DAP dalam isu Oktoberfest ni. Apa yang depa nak sebenarnya?

Marah pasai PAS tentang pesta arak? Takkan marah sampai buat aksi BANGANG macam tu, lagi pun Oktoberfest tu 'pesta arak' la, lain la kalau PAS larang orang bukan Islam nak minum arak langsung.

Takkan kut pemimpin DAP tiba-tiba jadi bangang. Takkan kut depa tak ambik pengajaran apa yang sejarah PRU1999 dan lepas tu PRU2004.

Tapi kalau depa sungguh ambik pengajaran PRU1999 dan PRU2004 takkan depa sanggup buat aksi BANGANG sampai tara ni.

Apa pun, aku cukup simpati dengan orang melayu yang beriman yang masuk DAP, agak-agak apa hujjah orang macam Rara dan Melati nak merasionalkan tindakan pemimpin depa. Takkan depa pun nak sokong jugak aksi BANGANG pemimpin depa dengan menggunakan semata-mata hujjah 'hak peribadi'.

Hak peribadi kepala hotak apanya kalau sampai hadir bagi sokongan program pesta arak tanpa lesen.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...