Dewan Ulama PAS sebenarnya punca 'kegagalan' Tahaluf Siyasi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 03, 2014

Dewan Ulama PAS sebenarnya punca 'kegagalan' Tahaluf Siyasi?

Dewan Ulamak patutnya lebih mengkaji apa punca Dewan Ulamak gagal berperanan dengan berkesan membantu memperkasakan tahaluf siyasi supaya sentiasa dilandasan yang betul dari segi syara'.

Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Jawatankuasa Penyelidikan Dewan Ulama Pas dijangka membentangkan hasil kajian mengenai kedudukan tahaluf siyasi antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam tempoh terdekat untuk dipertimbangkan oleh Masjlis Syura Ulama parti berkenaan.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, kajian mengenai tahaluf siyasi itu dibuat bagi menentukan sama ada ia mengikut hukum syarak atau sebaliknya berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku dalam kerjasama politik ketiga-tiga parti berkenaan sejak-akhir-akhir ini. - Utusan
Aku petik laporan daru Utusan pasai aku tak jumpa laporan pasai berita ni dalam Harakahdaily. Dalam lain-lain sumber 'alternatif' pun aku tak jumpa berita ni.

Utusan juga dilaporkan:
Beliau berkata, Jawatankuasa Penyelidikan yang diketuai oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh itu dipercayai sedang memuktamadkan kajian tersebut untuk dibawa ke peringkat seterusnya.

"Hasil kajian terlebih dahulu dibawa ke Dewan Ulama Pas untuk dibincangkan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

"Memandangkan kajian adalah berdasarkan hukum syarak, maka keputusan muktamad mengenai cadangan Dewan Ulama Pas itu hanya boleh ditentukan oleh Majlis Syura,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Idib.
Takdak masalah pun nak kaji tahaluf siyasi ni, cuma yang nampak macam beriya-iya sungguh nak mengkaji tu yang buat aku mushkilnya tu.

Tambah-tambah nada nak mengkaji tu bukan hala nak memperkukuhkan tahaluf siyasi tapi nampak lebih kepada nak membatalkan tahaluf siyasi tu.

Apa pun, aku harap Dewan Ulamak yang tengah mengkaji tahaluf siyasi tu tak terlepas pandang yang dengan tahaluf siyasi ni sebenarnya bukak ruang yang cukup luas untuk para ustaz dalam PAS untuk merealisasikan PAS sebagai sebuah gerakan dakwah.

Dan lagi satu, kalau tahaluf siyasi 'gagal', yang sebenar-benarnya gagal berperanan adalah golongan ustaz dalam Dewan Ulamak,.

Dewan Ulamak patutnya lebih mengkaji apa punca Dewan Ulamak gagal berperanan dengan berkesan membantu memperkasakan tahaluf siyasi supaya sentiasa dilandasan yang betul dari segi syara'.

Harakahdaily pada 15 September 2013 melaporkan:
Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno. Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.
Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan. - Hrkh.
Dalam wawancara dengan TG Nik Aziz pada 28 Sept 2014, utusan melaporkan:
Dalam tahaluf siyasi, tiada mana-mana parti lebih tinggi atau rendah kedudukannya. Namun apa yang berlaku sekarang, Pas sering diketepikan. Malah Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sudah mengeluarkan kenyataan tahaluf siyasi perlu dikaji semula. Perlukah Pas berbuat demikian termasuk mempertimbangkan cadangan meninggalkan pakatan?

NIK AZIZ: Nak kaji semula tahaluf tidak apa, tetapi nak tinggalkan tahaluf, tidak. Islam sendiri mahukan tahaluf. Pada zaman Nabi Muhammad SAW pun ada tahaluf macam ini. Tahaluf itu diambil daripada baginda sendiri. - Utusan. 
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...