Bajet2015: Setakat RM226,24 saja untuk selia harga getah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 11, 2014

Bajet2015: Setakat RM226,24 saja untuk selia harga getah?

Kalau menteri kata elaun Ahli Parlimen sebelum ni memaksa depa 'ikat perut' Najib naikkan elaun depa melalui Bajet 2015, Najib tak sedar yang pendapatan penoreh getah boleh diibaratkan macam dekat nak sampai tahap 'menjerut tengkuk'.

Dalam pembentangan Bajet2015 semalam Najib kata:
Lembaga Getah Malaysia atau LGM akan memperuntukkan 100 juta ringgit bagi melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang untuk melindungi pekebun keeil daripada mengalami kerugian terutamanya sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan.

LGM akan turut menyediaka'n pinjaman mudah berjumlah 6.4 juta ringgit sebagai modal pusingan kepada 64 buah koperasi pekebun keeil bagi membeli getah terus daripada kira-kira 442,000 pekebun keeil getah di seluruh negara. - Bajet2015.
Kesian kat penoreh getah, depa tuntut harga lantai RM4.00 Najib langsung tak layan masa bentang Bajet 2015 semalam.

Mungkin ada yang nampak angka RM100juta tu besar tapi cuba banding dengan apa yang penanam padi bukit dapat.
Sebagai Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan di Sabah dan Sarawak, julung-julung kalinya subsidi padi bukit diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak 70 juta ringgit. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kawasan penanaman seluas 76,000 hektar. - Ibid.
Untuk 442,000 pekebun kecil getah Najib bagi RM100juta tapi untuk 76,000 ekar padi bukit Najib boleh pulak bagi RM70juta. Dari angka tu saja pun dah nampak Najib tak berlaku adil kepada penoreh getah yang cukup tertekan dengan harga getah yang sangat-sangat murah sekarang ni.

Untuk lagi mudah nak nampak tara mana besarnya RM100juta tu, kita andaikan duit tu dibahagikan kepada setiap setiap pekebun kecil getah, yang depa akan dapat cuma RM226.24 sahaja.

Tapi harus diingat duit tu bukan nak dibagi kepada pekebun getah kecil tapi duit tu untuk 'melaksanakan mekanisme kawal selia harga'. Maknanya mungkin cukup setakat untuk bayar gaji dan elaun penyelia LGM dan jugak mungkin sikit peralatan untuk depa saja.

Malah tak mustahil sebahagian besar duit tu akan tercicir atau dirembat di tengah jalan tak sempat sampai pun di peringkat ladang.

Yang lebih menyakitkan hati, dalam keadaan tuntutan golongan miskin macam penoreh getah Najib tak layan, boleh pulak Najib naikkan elaun Ahli Parlimen ke taraf Jusa C.

Kalau menteri kata elaun Ahli Parlimen sebelum ni memaksa depa 'ikat perut' Najib naikkan elaun depa melalui Bajet 2015, Najib tak sedar yang pendapatan penoreh getah boleh diibaratkan macam dekat nak sampai tahap 'menjerut tengkuk'.

Macam yang aku tulis sebelum ni, mungkin Najib tunggu sampai ada penoreh getah yang 'syahid' kebuluran dulu kot baru tuntutan penoreh getah akan dilayan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...