Usaha jatuhkan presiden: Boleh percaya ka statement Ketua Penerangan PAS ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 15, 2014

Usaha jatuhkan presiden: Boleh percaya ka statement Ketua Penerangan PAS ni?

Cuma yang aku mushkilnya macamana Ust Nasruddin Tantawi, AJK PAS Pusat merangkap Ahli Majlis Syura Ulama PAS boleh update status facebook dia kata ada sungguh usaha nak jatuhkan Presiden tu.

Sinarharian dalam berita bertajuk "Pas: Tiada usaha jatuhkan presiden" melaporkan:
"Tiada siapa hendak jatuhkan Presiden Pas," demikian tegas Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar mengenai desas-desus yang mengatakan terdapat gerakan dalam Pas untuk menjatuhkan presiden.

Beliau berkata, semua ahli sepakat ketika memilih Abdul Hadi dan ahli Pas sama sekali tidak akan mengkhianati pemimpin yang dipilih mereka. - Sinarharian.
Lama dah aku tertunggu-tunggu kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan PAS YB Hj Mahfuz Omar ni. Sejak kecoh pasai isu MB Selangor aku rasa Ketua Penerangan PAS ni macam menyorok dari wartawan.

Macam yang aku pernah tulis sebelum ni, mungkin Ketua Penerangan PAS ni sendiri pun 'pening' dengan isu krisis MB Selangor terutama siri tindakan TG Presiden yang mungkin tak dimaklumkan kat dia.

Tapi dalam isu gerakan nak singkirkan TG Hj Hadi ni aku rasa Ketua Penerangan PAS ni memang cukup bermaklumat. Takkan sebagai Ketua Penerangan dia tak dapat hidu kalau betul ada gerakan macam tu.

Sinarharian juga melaporkan:
"Tidak pernah wujud gerakan. Ini mungkin kami meraikan perbezaan pendapat, kerana itu ada yang berfikir seolah-olah wujud gerakan seperti ini.

"Kami menghormati Presiden Pas dan saya beranggapan paparan media sahaja yang menggambarkan perkara itu wujud, sedangkan tidak," katanya kepada media, di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, hari ini.

Beliau berkata, pada ketika ini Pas saling mencari persamaan khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Isu ini membuatkan Pas seperti tidak sependapat.

"Ia juga membuatkan kami terpaksa menanggung beban sedangkan ia bukan berpunca dari Pas sendiri," katanya. - Ibid.
Cuma yang aku mushkilnya macamana Ust Nasruddin Tantawi, AJK PAS Pusat merangkap Ahli Majlis Syura Ulama PAS boleh update status facebook dia kata ada sungguh usaha nak jatuhkan Presiden tu.
4. Lebih jauh perbincangan mereka ialah strategi untuk menjatuhkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya difahamkan oleh seorang saksi yang hadhir dalam pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 tempohari , bagaimana Shaikh Umar Bagharib bin Ali seperti mencabar seorang pemimpin kanan PAS Pusat yang turut hadhir dalam pertemuan itu, betapa 24 orang AJK PAS Pusat yang pro mereka (dari 36 orang keseluruhannya) kenapa tidak boleh menguasai keputusan PAS pusat ? . Menganggap Tuan Guru Presiden PAS sebagai bodoh siasah dan menyebut bahawa Jawatan Kuasa PAS Pusat yang ada pada hari ini boleh turunkan Presiden PAS tanpa perlu pun menunggu muktamar. - Facebook.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...