Mat Sabu dah tak tahan mula belasah golongan Ulama' poyo dalam PAS. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 16, 2014

Mat Sabu dah tak tahan mula belasah golongan Ulama' poyo dalam PAS.

Kalau golongan agama dalam PAS terus 'poyo' macam tu bukan saja PAS akan kehilangan undi depa tapi PAS akan hadapi keadaan yang lebih sukar untuk merealisasikan PAS sebagai satu gerakan dakwah.

Malaysiakini melaporkan:
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa kumpulan Islamis dalam parti itu untuk “mereformasi” dan “menaik taraf” diri mereka supaya kepimpinan ulama kekal relevan.

Katanya, PAS harus melaksanakan apa yang diperkatakan dan tidak harus membenarkan kebangkitan tokoh sekular "Kamal Attaturk" bangkit kerana rakyat sudah mula bosan dengan retorik atas nama Islam, seperti yang berlaku di Turki. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu yang memberi amaran bahawa akan sampai masanya rakyat Malaysia mengundi “Jokowi” seperti presiden Indonesia Joko Widodo.

Mohamad Sabu, yang popular dengan gelaran Mat Sabu, berkata mengagumi ramai tokoh dan tidak hanya personaliti Islamik.

“Saya hargai Ayatollah Khomeini (Iran), Hossein Nasrullah (Hizbullah Lubnan), Maudidi (penulis), Hassan al Banna (Ikhwanul Muslimin Mesir) Ho Chin Minh kerana menyatupadukan Vietnam menentang AS, Fidel Castro kerana menyatupadukan Cuba, Mother Teresa kerana layak untuk Hadiah Nobel.

“Ini tidak bermakna saya mengikuti agama mereka. - Ibid.
Nampaknya Timbalan Presiden PAS Hj Mat Sabu dah tak tahan sangat dengan karenah sebahagian golongan Ustaz dalam PAS.

Aku cukup setuju dengan 'saranan' bang Mat Sabu ni. Kalau golongan agama dalam PAS ni 'mereformasi dan menaiktaraf diri depa' yang akan mengujudkan thiqah dan lepas tu wala' akan datang sendiri.

Kalau golongan agama dalam PAS terus 'poyo' macam tu bukan saja PAS akan kehilangan undi depa tapi golongan agama dalam PAS akan hadapi keadaan yang lebih sukar untuk merealisasikan PAS sebagai satu gerakan dakwah.

Pun begitu, aku tak rasa teguran Mat Sabu ni akan diambil secara positif oleh golongan agama dalam PAS malah aku yakin Mat Sabu akan lebih teruk kena hentam lepas ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...