Sapa JKK PAS Pusat yang nak singkirkan Hj Hadi ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 14, 2014

Sapa JKK PAS Pusat yang nak singkirkan Hj Hadi ni?

Aku secara peribadi langsung tak boleh terima ada pemimpin PAS Pusat yang sampai tahap nak 'singkirkan' TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS, sangat tak masuk dek akal politik aku.

Malaysiakini dalam artikel bertajuk 'Bukan masanya untuk singkirkan Hadi' melaporkan:
Menyingkirkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kumpulan ulama merupakan langkah terakhir yang akan diambil dalam muktamar PAS minggu ini, termasuk daripada pihak Erdogan.

Ini kerana kepimpinan ulama sudah meresap baik dalam parti dan cubaan menyingkirkan Hadi bermakna menentang suara akar umbi dan pasti akan ditolak. - Mkini.
Aku berani sebut AJK PAS Pusat pasai Malaysiakini juga melaporkan:
“Walaupun kumpulan ulama diketuai Hadi cuba menyingkirkan kami, kami akan tunduk pada mereka – untuk masa ini – untuk kepentingan parti,” dedah seorang pemimpin PAS daripada kumpulan Erdogan, yang tidak mahu namanya disebut. - Ibid.
Dah tentu 'pemimpin PAS' tersebut dari kalangan JKK PAS Pusat. Kalau setakat ahli biasa ataupun pemimpin peringkat bawah, takkan kut 'kumpulan ulama diketuai Hadi' nak singkirkan, buang masa dan kederat ja.

Aku secara peribadi langsung tak boleh terima ada pemimpin PAS Pusat yang sampai tahap nak 'singkirkan' TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS, sangat tak masuk dek akal politik aku.

Macamana seorang ulama' hebat yang aku yakin semua ahli dan penyokong PAS panggil Tok Guru yang bukan saja dihormati dalam negara tapi juga diiktiraf dan disegani diperingkat dunia, tiba-tiba nak disingkirkan oleh 'anak buah' dia sendiri.

Bab tak setuju dengan pendapat dan tindakan TG Hj Hadi sebagai ketua tu biasa la, masing-masing kepala masing-masing akal mana nak sama. Masa dalam bilik mesyuarat berdebat la elok-elok, takkan tak boleh kut.

Tara Allahyarham Ust Fadzil Nor dulu pun ramai jugak pimpinan PAS Pusat yang tak setuju dengan pandangan dan tindakan dia, tapi takdak dengar langsung ada usaha nak singkirkan dia.

Takkan kut pendapat dan tindakan TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS sekarang ni teruk sangat sampai ada pimpinan PAS Pusat yang tak nampak cara lain nak perbetul kecuali terpaksa disingkirkan.

Apa pun, kalau betul ada pemimpin PAS Pusat yang berangan-angan nak singkirkan TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS, rentikanlah angan-angan tu pasainya angan-angan tu umpama angan-angan Mat Jenin, takut akhirnya jatuh pokok nyok sapa pun tak boleh nak tolong.

Dan kalau betul ada yang cukup berani nak beraksi 'kamikaze' macam tu tolong jangan guna istilah 'singkirkan' tapi gunalah istilah 'naik pangkat', dari Presiden PAS kepada Mursyidul Am PAS...
Hahaha...

Berkaitan:
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...