Belum apa-apa Anwar dah nak 'remote control' MB baru Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 27, 2014

Belum apa-apa Anwar dah nak 'remote control' MB baru Selangor?

Nampak macam PKR bersungguh-sungguh nak mengiyakan tuduhan penchachai Umno BN yang kata Anwar akan 'remote control' MB Selangor yang baru. Kalau nak kontrol pun, tak payah la nak tunjuk secara terbuka macam tu.

TheMalaysianInsider melaporkan:
PKR hari ini menggesa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali supaya mengkaji semula perjanjian yang ditandatangani pentadbiran lalu, selepas selesai pembentukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata kabinet negeri yang baharu perlu meneliti semua perjanjian khususnya pembinaan lebuh raya kontroversi Kidex dan air. - TMI.
Kalau baca berita ni nampak macam PKR bersungguh-sungguh nak mengiyakan tuduhan penchachai Umno BN yang kata Anwar akan 'remote control' MB Selangor yang baru. Kalau nak kontrol pun, tak payah la nak tunjuk secara terbuka macam tu, dan tak payah la nak kalut sangat kut.

Nasib baik bukan Dr. Wan Azizah yang jadi MB Selangor yang baru, kalau tidak istilah 'MB remote control' tu akan menghantui Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya sampai ke PRU14 yang akan datang.

Macam ada komen nakal sorang member aku, kalau Dr. Wan Azizah jadii MB Selangor sampai dah masuk dalam kelambu pun mungkin Anwar akan menasihat Kak Wan pasai Selangor.

Memang nak sinis tapi aku yakin pengundi melayu masih termakan dengan peluru yang sempoi macam tu.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
"PKR menyokong penuh kenyataan MB baru untuk mengkaji semula kelulusan yang dibuat khususnya Kidex yang beri keuntungan kepada kroni kerajaan.

"Ia termasuk isu perjanjian air dengan kerajaan persekutuan, kami beri sokongan penuh," kata Anwar pada sidang media bersama Azmin dan empat barisan exco PKR di ibu pejabat PKR hari ini.

Anwar mendakwa pentadbiran menteri besar Selangor terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak pernah menjelaskan dan memperincikan mengenai kelulusan dalam perjanjian tersebut. - Ibid.

Bab nak mengkaji keputusan yang MB sebelum ni buat suka aku nak mencadangkan kat MB baru supaya tak payah kalut sangat la, Tambah-tambah dalam isu perjanjian bab air, biar keadaan reda dulu, tak payah kalut sangat.

Buat benda yang mudah nak tarik sokongan rakyat dulu baru, tak payah kalut sangat nak 'serang musuh'.

Contohnya bab nak potong elaun MB dan Exco tu aku sokong dipercepatkan. Kalau boleh dibuat keputusan dalam mesyuarat Exco yang pertama lagi bagus. Pasainya kalau kenaikan elaun sampai 300% sebelum ni di potong aku yakin MB Selangor yang baru ni akan dapat sokongan penuh dari rakyat Selangor.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...