Penjenamaan semula portfolio Exco Selangor: PAS 'dibuli' lagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 01, 2014

Penjenamaan semula portfolio Exco Selangor: PAS 'dibuli' lagi?

Ada nampak ciri-ciri Exco PAS kena 'buli' ka? Aku takdak nampak pulak. Taktau la pulak kalau geng ustaz yang jugak 'pakar pentadbiran' dalam PAS nampak ada unsur-unsur Azmin 'buli' Exco PAS dalam penentuan porfolio ni. 

Kredit imeh: Themalaymailonline
Harakahdaily melaporkan:
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan penjenamaan semula sepuluh portfolio bagi memantapkan lagi pentadbir‎an kerajaan negeri.

Azmin pada sidang media memberitahu penjenamaan itu sebagai usaha meningkatkan prestasi dan kebajikan rakyat selaras dengan ‎keadaan semasa. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
eliau turut memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan - Datuk Teng Chang Khim

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar - Iskandar Abdul Samad.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongann, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna - Elizabeth Wong.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu - Ean Yong Hian Wah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi - Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga - Dr Daroyah Alwi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang - Ganabtirau A/L Verman.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi - Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengerusi Jawtankuasa Tetap Pembangunan Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan - Amirudin Shari.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrstruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani - Zaidy Abdul Talib - Ibid.
Ada nampak ciri-ciri Exco PAS kena 'buli' ka? Aku takdak nampak pulak. Taktau la pulak kalau geng ustaz yang jugak 'pakar pentadbiran' dalam PAS nampak ada unsur-unsur Azmin 'buli' Exco PAS dalam penentuan porfolio ni.

Yang aku nampak, YB Zaidy pun dibagi porfoleo yang nampaknya tak kurang penting dan tentunya melibatkan peruntukan yang besar jugak.

Pun begitu, aku langsung tak heran kalau lepas ni Exco PAS betul-betul kena 'buli' dengan Azmin. Persepsi aku dengan Azmin ni memang macam tu. Tara ahli parti sendiri pun dia buli takkan dengan ahli PAS dia tak berani nak buli. Tambah-tambah kalau dia nampak ada yang nak 'lawan tokey'.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...