Ramai tengah pening tapi Presiden PAS main serkap jarang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 05, 2014

Ramai tengah pening tapi Presiden PAS main serkap jarang?

Pasai apa pulak kali ni nak berahsia padahal selepas mesyuarat 17, siap buat sidang media umumkan nama-nama yang mesyuarat JKK PAS Pusat putuskan sebagai calon MB Selangor untuk dihantar kepada sultan.

Harakahdaily dengan tajuk "Media usah ‘serkap jarang’ - Presiden PAS" melaporkan:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang enggan mendedahkan senarai nama calon bakal MenterI Besar Selangor yang telah dihantar oleh parti itu kepada pihak Istana, 3 September lalu.

Justeru, beliau turut menasihatkan kepada pihak media agar tidak membuat spekulasi serta ‘serkap jarang’ terhadap nama-nama yang diserahkannya itu. - Hrkh.
Akhirnya TG Presiden PAS bersuara jugak. Dalam keadaan yang cukup panas macam ni, kalau takat kenyataan dari Cikgu Pa saja tak cukup, tambah-tambah kalau kenyataan yang dia buat tu nampak bercanggah dengan kenyataan dia sendiri sebelum ni.

Tapi bila Presiden PAS sendiri yang buat kenyataan dan disiarkan oleh saluran rasmi parti pulak tentu la kenyataan tu lebih berautoruti untuk dipercayai.

Cuma masalahnya bila Harakahdaily juga melaporkan:
Hal ini kerana, kata Datuk Seri Abdul Hadi setelah senarai nama calon Menteri Besar yang diminta oleh pihak Istana dihantar menjadi hak Sultan Selangor mengumumkannya.

“Saya berpegang kepada prinsip dan konsep Perlembagaan iaitu Raja Berperlembagaan. Saya tak boleh beritahu, tak boleh mendahului Istana. - Ibid.
Abdul Hadi diasak oleh pihak media agar PAS mendedahkan senarai nama calon MB Selangor yang baharu serta tidak mencalonkan nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Itu (nama calon) saya tak boleh sebut… takboleh sebut. Ini setelah saya serah kepada Sultan (Sharafuddin Idris Shah) saya tak boleh lagi sebut apa-apa,” jelasnya. - Ibid.
Aku sungguh-sungguh tak faham, apa yang Presiden PAS TG Hj Hadi nak sorok sebenarnya. Aku dok ingat bila Presiden buat kenyataan boleh la merungkaikan persoalan tapi rupanya jadi kusut kut lain pulak.

Wartawan bukannya tanya sapa MB Selangor tapi nama sapa yang PAS hantar. Kalau bagitau sapa yang akan sultan umumkan sebagai MB patut la jugak kalau dikatakan sebagai mendahalui sultan.

Takat nak sebut nama yang PAS hantar ja, lagi pun macam-macam versi senarai nama yang bertebaran sekarang ni dan semua orang tertanya-tanya senarai sebenar yang PAS hantar.

Ada yang kata PAS hantar nama macam keputusan msyt 17 Ogos iaitu Dr. Wan Azizah dan Azmin dan ditambah dengan satu lagi nama PJ Selangor  Iskandar Samad.

Ada yang kata PAS hantar nama 3 orang Exco PAS Selangor Iskandar Samad, Dr. Yunus Hairi dan Ust Solehin Mohyi.

Ada yang kata PAS hantar nama ADUN Ijok Idris Ahmad, bekas Exco Selangor Yaakob Sapari dan PJ PAS Selangor, Iskandar.

Lagi mengejutkan ada yang kata PAS sebenarnya hantar senarai 2 kali dengan nama-nama yang berbeza.

Semua orang yang dapat khabar-khabar angin ni jadi pening. Pasai tu yang wartawan sungguh-sungguh desak TG Hj Hadi bagitau nama-nama yang sebenarnya yang PAS hantar.

Lagi pun pasai apa pulak kali ni nak berahsia padahal selepas mesyuarat 17, siap buat sidang media umumkan nama-nama yang mesyuarat JKK PAS Pusat putuskan sebagai calon MB Selangor untuk dihantar kepada sultan.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...