Calon MB Selangor: Pasai apa Presiden sorok dari JKK PAS Pusat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 05, 2014

Calon MB Selangor: Pasai apa Presiden sorok dari JKK PAS Pusat?

Aku sangat-sangat mushkil pasai apa senarai nama calon MB Selangor terbaru dari Presiden PAS yang dihantar kepada Sultan Selangor pun nampak macam Presiden nak sorok dari JKK PAS Pusat.

Malaysiakini dengan tajuk "Mat Sabu: Kami tak tahu senarai baru calon MB" melaporkan:
Jawatankuasa Pusat PAS tidak mengetahui senarai nama calon menteri besar Selangor lain yang telah dihantar kepada pihak Istana.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau dan ahli jawatankuasa pusat lain tidak mengetahui laporan bahawa nama yang dihantar kepada Istana bukan sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat 17 Ogos lalu. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiausaha Agong (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon MB.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengakui perkembangan terbaru ini memberi persepsi negatif kepada PAS dan Pakatan Rakyat. - Ibid.
Aku cukup mushkil sekarang ni, traktau berita mana yang nak dipercaya dan aku yakin majoriti ahli dan penyokong PAS terutama diperingkat akar umbi pun pening dengan dengan 'mainan' PAS dalam kemelut isu MB Selangor ni.

Macamana boleh mudah-mudah Presiden PAS pinda ikut suka dia keputusan mesyuarat JKK PAS Pusat yang bermesyuarat pada 17 Ogos dan lepas tu diperkuatkan lagi dengan keputusan mesyuarat pada 25 Ogos.

Sepatutnya dalam isu sepanas ni, kalau nak ubah keputusan mesti dibuat dalam mesyuarat jugak. Kalau pun takmau buat mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja, perlembagaan PAS bagi kuasa kepada Presiden untuk panggil mesyuarat Jawatankuasa Harian.

Dalam Perlembagaan ada sebut jelas bab ni dalam FASAL 27. Tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Pusat
(1) Menimbang sebarang permohonan menjadi ahli PAS, permohonan berhenti menjadi ahli PAS dan permohonan ahli berpindah Kawasan.
(2) Membuat sebarang keputusan untuk kelicinan kerja-kerja pentadbiran Pejabat Agung dan urusan-urusan biasa parti.
(3) Mengadakan hubungan dan diplomasi dengan pelbagai pihak selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar parti.
(4) Menimbang sesuatu hal yang mustahak yang terpaksa disegerakan.
(5) Melaksanakan sebarang tugas-tugas tertentu yang diperturunkan kuasanya oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
(6) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh jawatankuasa ini mengikut Ceraian (1), (2), (3) dan (4) Fasal ini hendaklah dimaklumkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. - Perlembagaan PAS
Yang aku mushkilnya pasai apa Presiden tak panggil mesyuarat untuk buat keputusan yang cukup penting macam ni. Bukan maksud aku senarai nama dari PAS tu penting sangat tapi persepsi terhadap PAS yang nampak cukup buruk di mata majoriti rakyat Malaysia sekarang ni sangat penting untuk dibincangkan..

Sangat-sangat tak logik bila Timbalan Presiden PAS sendiri takdak maklumat dengan tindakan Presiden PAS dalam isu yang cukup panas macam ni. Dah la tak dimesyuaratkan, keputusan yang diambik pun tak dibagitau.

Aku sangat-sangat mushkil pasai apa senarai nama calon MB Selangor terbaru dari Presiden PAS yang dihantar kepada Sultan Selangor pun nampak macam Presiden nak sorok dari JKK PAS Pusat.

Apa yang tak kena sebenarnya dengan PAS Pusat sekarang ni???

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...