Di mana logiknya TG Presiden masih jugak nak kekalkan Khalid sebagai MB Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 14, 2014

Di mana logiknya TG Presiden masih jugak nak kekalkan Khalid sebagai MB Selangor?

Takkan kut salah satu nama yang TG Presiden hantar tu nama Khalid Ibrahim, lagi la tal logik. Tapi bila difikirkan balik ada logiknya jugak, pasainya sungguh-sungguh sangat TG Presiden merahsiakan senarai nama yang dia hantar tu. 

Malaysiakini melaporkan:
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri (Hadi) akan memantau kelemahan Khalid," kata Nik Nazmi.

Malah, Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai MB, katanya lagi dalam kenyataannya.

Menurut Nik Nazmi, Hadi menyatakan demikian dalam pertemuan dengan beliau dan juga Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pagi semalam. - Ibid.
Bab bercanggah dengan sokongan majoriti yang kononnya Dr. Wan Azizah ada tu aku tak heran sangat tapi yang aku mushkilnya, macamana boleh TG Presiden masih nak kekalkan jugak Khalid Ibrahim sedangkan Khalid bukan lagi ahli PKR.

Dari segi politik semasa aku langsung tak nampak logiknya 'hasrat' TG Presiden PAS tu.

Mana logiknya masih simpan hasrat nak kekalkan Khalid tapi dalam masa yang sama TG Presiden sendiri hantar senarai 3 nama calon untuk MB Selangor yang baru kepada Sultan Selangor.

Takkan kut salah satu nama yang TG Presiden hantar tu nama Khalid Ibrahim, lagi la tal logik.

Tapi bila difikirkan balik ada logiknya jugak pasainya sungguh-sungguh sangat TG Presiden merahsiakan senarai nama yang dia hantar tu. Kalau setakat nama mana-mana Adun PKR tak perlu kut nak rahsia.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...