Takkan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bukak facebook 10 hari sekali? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 30, 2014

Takkan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bukak facebook 10 hari sekali?

Taktau la pulak kalau Presiden dan Setiausaha Agung PAS rasa konflik dalaman PAS akibat isu TG Hj Hadi tak setuju tukar MB Selangor ni kecik dan tak perlu bagi selesai segera.


Harakahdaily melaporkan:
"Semua peringkat kepimpinan PAS diseru supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meminta semua pihak supaya bersabar menunggu keputusan mesyuarat PAS Pusat mengenai perkara itu pada 10 Ogos nanti." - Hrkh.

Pada aku arahan ni ada sikit bangang. Kalau takat minta suruh berhenti komen sehingga PAS Pusat selesai mesyuarat aku boleh terima tapi suruh berhenti komen sampai 10 hari tak patut sangat kut.

Kalau setiap kali bukak timeline facebook tentu punya jumpa komen yang belasah PAS pasai isu MB Selangor tu hangpa agak-agak depa boleh tahan ka.

Kalau takat sehari dua mungkin la kut boleh tahan sabaq walaupun telinga dah naik merah tapi kalau sampai 10 hari silap-silap ada handset yang berkecai kena hempuk.

Takkan kut depa nak suruh kita puasa dari bukak facebook dan blog, orang lain aku tak pasti tapi aku kalau sehari tak bukak internet silap-silap boleh jadi gila.

Lagi satu dan yang lebih penting, rakyat sekarang ni dah semakin ramai yang mempersoalkan kredibiliti PAS dan persepsi PAS jatuh merudum pasai konflik MB Selangor ni.

Lagi lambat PAS bertindak lagi ramai yang akan meluat dengan PAS.

Pasai tu aku sangat setuju dengan gesaan Suhaizan Kayat Ketua Pemuda PAS Pusat supaya mesyuarat tu disegerakan. Kalau boleh buat malam ni jugak.

Sinarharian melaporkan:
Pemuda Pas hari ini mendesak Pas Pusat mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 10 Ogos nanti, dipercepatkan.

Menurut Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, tarikh 10 Ogos yang dipilih bagi mengadakan mesyuarat tersebut terlalu lewat untuk mengurus krisis yang sedang berlaku.

"Rakyat sedang memerhatikan Pas menguruskan masalah dalamannya. Saya yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan Pas, mereka mampu mendepani masalah yang sedang berlaku.

"Hakikatnya Pas sedang berada dalam keadaan krisis yang meruncing sekarang, Pas perlu mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menguruskan konflik atau krisis khususnya yang terhasil daripada kepelbagaian yang wujud," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - Sinarharian.
Kalau masalah kesihatan TG Presiden jadi penghalang nak turun KL untuk buat mesyuarat kat Pejabat Agung buat saja la kat Rusila, takkan tak boleh kut.

Taktau la pulak kalau Presiden dan Setiausaha Agung PAS rasa konflik dalaman PAS akibat isu tukar MB Selangor ni kecik dan tak perlu bagi selesai segera.

Taktau la pulak kalau Presiden dan Setiausaha PAS bukak facebook dan internet cuma 3 kali sebulan atau 10 hari sekali saja.
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...