Ops Warta saman tertunggak: Polis tak reti buat kerja, pemalas dan suka jadi samseng? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 18, 2014

Ops Warta saman tertunggak: Polis tak reti buat kerja, pemalas dan suka jadi samseng?

Aku rasa dalam Ops Warta saman tertunggak ni, polis bukan saja takat tak reti buat kerja, pemalas pulak tu dan dalam masa yang sama mungkin depa seronok jadi samseng buli rakyat. 

TheStar melaporkan:
In Malacca, state traffic staff officer DSP Mohd Sham Abdullah said a man with 79 traffic summonses who was flagged down at an Ops Warta roadblock on Monday had his car impounded.

“The man, in his 30s, had accumulated the summonses, mostly for speeding, over the past five years.

“He is clearly a habitual offender and the law allows police to impound the vehicle,’’ he said. - TheStar.
Mengulas laporan ni peguam ZulHazmi update status facebook dia:
Aku cuma nak komen sikit. Aku baca punya baca dan tanya beberapa kawan untuk kepastian, aku tak jumpa satu pun dalam mana2 peruntukkan khususnya Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memberi kuasa kpd Polis untuk merampas kenderaan sesiapa atas alasan mempunyai saman.

Aku juga dah berbuih mulut cakap bahawa saman tak perlu dibayar. Kalau DSP Mohd Sham kata bayar atau face the music. Aku nak tanya la musik apa tu?? Apa Polis nak buat kalau orang tak bayar jugak saman?? Dalam undang-undang, kalau tak bayar saman wajib ke Mahkamah. Jadi bawa la ke Mahkamah bukan dok ugut macam tu. Cermat sikit la buat kerja. Jangan kerana awak semua Polis terpalit org kata tak elok. - Facebook.
Isu saman tertunggak ni isu lama, malah dah berkurun kut polis macam main ugut rakyat supaya bayar saman pasai kerajaan dah tak berapa nak ada duit.

Ada sekali tu tahun berapa aku tak ingat, orang ramai beratur kat balai polis nak bayar saman panjangnya mengalahkan gerabak keretapi, pasai takut polis ambik depa kat rumah depan anak bini dengan tangan bergari.

Aku dah pernah ulas isu ni dalam posting bertajuk "Ops Cantas Trafik: Bukti polis tak reti buat kerja atau depa pun pemalas?"
Ni apa cerita sampai ada 10 waran tangkap baru polis nak bertindak, waran tangkap sejap 2009 lagi pulak tu. Kesian mamat ni, mana la dia nak korek duit nak bayar hukuman 10 waran tangkap tu.

Nak kata apa, ini memang bukti jelas yang memang polis Malaysia ni samada malas buat kerja atau pun memang tak reti buat kerja. Kalau waran tangkap yang pertama mamat tu dapat aku yakin mungkin tak kena lagi 9 saman tu. - Ibid.
Kesimpulannya, aku rasa dalam Ops Warta saman tertunggak ni, polis bukan saja takat tak reti buat kerja, pemalas pulak tu dan dalam masa yang sama mungkin depa seronok jadi samseng buli rakyat.

Memang tak semua polis macam tu malah aku yakin ada ramai pegawai polis yang cukup berdedikasi menjalankan tugas mengikut undang-undang tapi kalau dah yang berpangkat DSP buat kenyataan secara terbuka macam tu dan dilapurkan dalam akhbar pulak, apa lagi persepsi yang patut kita pegang?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...