Bagi aku kenyataan Guan Eng mengulas keputusan PRK Teluk Intan ni menggambarkan yang dia cukup 'matang' dengan situasi dan realiti politik ala Malaysia yang cukup sensitif dengan isu yang berkait dengan isu agama dan kaum.
Malaysiakini melaporkan:
Penurunan undi Cina kepada DAP mungkin kerana calonnya Dyana Sofya Mohd Daud adalah seorang Melayu , kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.
Namun, beliau berpendapat akan tiba masanya apabila mereka boleh menerima idea tersebut.
Beliau percaya berlaku penurunan 10 peratus sokongan kepada parti itu dalam pilihan raya kecil hari ini. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Bercakap selepas keputusan diumumkan , Lim berkata DAP juga menyaksikan penurunan sokongan daripada semua kaum dalam pilihan raya kecil Teluk Intan. - Ibid.Aku cukup suka cara Lim Guan Eng 'terima' kekalahan calon DAP, Dyana Sofya di tangan calon GERAKAN Mah Siew Keong.
Mula-mula sekali Guan Eng sebut penurunan undi cina sebagai sebab kekalahan calon DAP tu, lepas tu baru disebutkan penurunan undi kaum-kaum lain. Aku yakin Guan Eng bagi kenyataan berhati-hati untuk 'menjaga' hari orang melayu terutama sekali dari kalangan ahli dan penyokong PAS.
Guan Eng menyenaraikan punca Dyana "seorang yang muda", "seorang wanita" dan "seorang Melayu" sebagai sebab penuruhan undi untu DAP. Mungkin pengundi Teluk Intan dengan komposisi kaum cina 42%, Melayu 38% dan India 18% masih belum bersedia menerima calon macam tu.
Selain tu Malaysiakini juga melaporkan:
Faktor-faktor lain kekalahan parti itu, kata Lim, mungkin kerana jumlah rendah pengundi luar kawasan yang balik mengundi, berbanding pada tahun 2013 serta dakwaan ancaman samseng dan hakikat bahawa Dyana adalah pendatang baru dalam politik. - Ibid.Guan Eng langsung tak sebut faktor isu Hudud sebagai punca pengurangan undi untuk calon DAP dan juga faktor pengundi India yang dah berjaya BN 'beli' melalui janji nak bagi tanah pertanian juga Guan Eng tak sebut sebagai punca kekalahan walaupun aku rasa 2 faktor tu memang bagi kesan yang cukup besar kepada penurunan undi.
Bagi aku kenyataan Guan Eng mengulas keputusan PRK Teluk Intan ni menggambarkan yang dia cukup 'matang' dengan situasi dan realiti politik ala Malaysia yang cukup sensitif dengan isu yang berkait dengan isu agama dan kaum.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis