Keputusan Rasmi PRK Teluk Intan: Dyana Sofya kalah kepada Mah Siew Keong dengan majoriti tipis | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 31, 2014

Keputusan Rasmi PRK Teluk Intan: Dyana Sofya kalah kepada Mah Siew Keong dengan majoriti tipis

Keputusan Rasmi PRK Teluk Intan Dyana Sofya calon DAP kalah dengan majoriti 238 undi kepada calon GERAKAN Mah Siew Keong.

Astro Awani melaporkan:
Calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Calon Barisan Nasional memperolehi 20,157 undi manakala calon DAP 19,919 undi. - AstroAwani.
Juga dilaporkan:
Terdahulu, Gerakan menjangkakan akan berlaku pengiraan semula susulan keputusan tidak rasmi yang diumumkan sekitar pukul 8 malam. Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Ho berkata kepada penyokong mereka di ibu pejabat Gerakan di Teluk Intan yang mereka telah menang tipis sekitar lebih kurang 100 undi.

PRK Teluk Intan mencatat rekod jumlah yang keluar mengundi kedua terendah pada PRK yang telah berlangsung sejak PRU-13.

Seramai 40,236 pengundi keluar mengundi hari ini iaitu sebanyak 66.67 peratus.

Pada PRU-13, seramai 48,839 pengundi atau 80.7% keluar membuang undi di Teluk Intan. - Ibid.
Sumber Video: AstroAwani

Aku malas nak ulas lagi pasai keputusan ni. Tengok la esok-esok kalau aku rajin aku ulas. Tak pun aku copy paste ja ulasan sapa-sapa yang menarik.

Keputusan PRK Teluk Intan tak rasmi Dyana Sofya calon DAP kalah dengan majoriti 238 undi kepada calon GERAKAN Mah Siew Keong sama macam keputusan rasmi.


Berkaitan:
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...