Aku tak tuduh PDRM merestui aksi ganas Pemuda Umno tu tapi tindak tanduk PDRM semasa dan selepas kejadian tu bagi signal seolah-olah PDRM 'merestui' aksi ganas Pemuda Umno Wilayah di depan HQ DAP tu.
Roketkini melaporkan:
DAP membuat laporan polis sejurus selepas rusuhan Pemuda Umno di hadapan ibu pejabat parti itu petang tadi.
Laporan dibuat Ahli Parlimen Serdang Dr. Ong Kian Ming dan diiringi beberapa staf ibu pejabat di Balai Polis Pudu, kata Pegawai Komunikasi dan Media DAP Medaline Chang. - Roketkini.
Juga dilaporkan:
“Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun dan mengugut oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan (WP).
“Kami menyokong hak mana-mana kumpulan untuk mengadakan perhimpunan aman, namun kelakuan mereka sama sekali tidak boleh diterima. Bukan sahaja mereka memaki-hamun saya dan pegawai lain, mereka juga memusnahkan papan tanda DAP dan mengugut untuk membakar pejabat kami. - Ibid.
Kat bawah ni video rupa aksi ganas Pemuda Umno Wilayah tu.
Aku tak tuduh PDRM merestui aksi ganas Pemuda Umno tu tapi tindak tanduk PDRM semasa dan selepas kejadian tu bagi signal seolah-olah PDRM 'merestui' aksi ganas Pemuda Umno Wilayah di depan HQ DAP.
Pasainya kalau tengok ke video kat atas tu tak nampak usaha bersungguh-sungguh polis untuk menghalang aksi ganas tu. Aku tak nampak walau pun sekali corta FRU dihayunkan kepada perusuh tu walaupun nampak macam ada pegawai polis yang terkepung dalam kalangan perusuh tu.
Malah sampai ketika aku tulis posting ni aku tak jumpa berita ada yang ditahan pasai beraksi walaupun memang nampak jelas ramai yang 'naik syeh' mengamuk, termasuk dengan jelas bukan takat ugut nak bakar HQ DAP tapi jelas dengan ada yang kata "bunuh je..."
Sumber imej: Malaysiakini |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis