Patutnya 'peluru' yang semacam gambar Dyana berbikini ni sepatutnya diedar masa dah dekat dengan hari mengundi, biar pihak musuh tak sempat dah nak menjawab isu tu dengan berkesan.
Malaysiakini melaporkan:
DAP petang ini mendakwa gambar palsu calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berbikini yang telah dinafikannya sebelum ini diedarkan di Masjid Kampung Banjar, Teluk Intan semalam.
"Saya difahamkan ada satu stack gambar ini dijumpai dalam masjid dan kalau ini bukan biadab, saya tak tahu apa lagi itu biadab," kata MP Batu Kawan, Kasthuri Patto. - Mkini.
Aku tak mau ulas pasai politik lucah jentera Umno BN tu, bab tu rasanya semua orang patutnya dah maklum, bukannya baru, Mat Sabu dah kena lama dah sejak zaman video tape lagi, masa tu CD pun tak berapa nak ujud lagi.
Lagi pun, takat fitnah gambar Dyana pakai bikini ni kira ringan la berbanding fitnah yang mak Dyana kena yang difitnah ada video perlakuan sumbang.
Kali ni aku cuma nak ulas pasai strategi pilihanraya.
Apa ka punya BANGANG jentera PRK yang pi sebarkan gambar yang dah lama dah berjaya dikantoikan tu sekarang.
Patutnya 'peluru' yang semacam gambar Dyana berbikini ni kalau nak guna jugak sepatutnya diedar masa dah dekat dengan hari mengundi, biar pihak musuh tak sempat dah nak menjawab isu tu dengan berkesan.
Hari mengundi ada lebih kurang seminggu lagi, memang sah-sah la pihak lawan boleh jawab balik dengan mudah dan berkesan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis