Khairy terpaksa beraksi bangang untuk mempertahankan Pemuda BN? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 23, 2014

Khairy terpaksa beraksi bangang untuk mempertahankan Pemuda BN?

Aku sangat-sangat yakin mamat yang beraksi celaka tu memang dari Pemuda Umno dan aku yakin Umno dah pun siasat pasai kejadian tu dan aku yakin Khairy pun dah dimaklumkan pasai hasil siasatan tu.

Bernama melaporkan:
Pemuda Barisan Nasional akan menyiasat dakwaan calon DAP untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud diganggu sekumpulan pemuda yang memakai baju Pemuda BN ketika berkempen di pasar malam Padang Tembak semalam.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata siasatan itu bagi memastikan kumpulan yang mengganggu Dyana Sofya sebenarnya anggota Pemuda BN dan bukan individu menyamar dengan memakai baju sayap berkenaan. - Hrkh.
Kalau macam tu punya aksi takkan kut menyamar, tak logik langsung la. Hangpa tengok sendiri video kat bawah ni. Orang bangang ja yang sanggup menyamar sampai macam tu sekali tanpa langsung rasa takut akan terkantoi.


Sebelum tu Sinarharian melaporkan:
Sementara itu, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, pihaknya akan membuat semakan dan siasatan sekiranya benar insiden itu membabitkan Pemuda BN.

"Saya dah terima laporan itu, kita akan pastikan sama ada yang ganggu dia itu, pakai baju BN atau tidak.

"Apa-apa pun kita akan semak, jika benar akan ambil tindakan," katanya ketika ditemui dalam program walk about di Menara Condong, di sini. - Sinarharian.
Aku sangat-sangat yakin mamat yang beraksi celaka tu memang dari Pemuda Umno dan aku yakin Umno dah pun siasat pasai kejadian tu dan aku yakin Khairy pun dah dimaklumkan pasai hasil siasatan tu.

Cumanya, Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno merangkap Ketua Pemuda BN terpaksa mempertahankan nama baik Pemuda Umno dan Pemuda BN walaupun terpaksa bagi alasan bangang macam tu.

Jugak aku cukup yakin takkan ada apa-apa tindakan yang akan diambil kepada mamat tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...