Keputusan PRK Teluk Intan: Boleh percaya ka kajian UCSI ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 30, 2014

Keputusan PRK Teluk Intan: Boleh percaya ka kajian UCSI ni?

Aku sebenarnya tak berapa nak percaya dengan kajian macam ni terutama kalau melibatkan keputusan PRK termasuk keputusan PRK Teluk Intan ni. Pasainya dah banyak kali hasil 'kajian ilmiah' macam ni tersasar jauh. 

Malaysiakini melaporkan:
Satu tinjauan dijalankan oleh sebuah universit swasta tempatan menunjukkan DAP akan berjaya menarik lebih banyak sokongan Melayu melalui calonnya Dyana Sofya Mohd Daud.

Bagaimanapun, menurut tinjauan Pusat Kajian Pilihan Raya UCSI itu, DAP akan mendapat jumlah majoriti undi yang lebih kecil kerana jumlah yang keluar mengundi berkurangan. - DyanaSofyaFC.  
Sebelum-sebelum ni yang banyak kita dengar buat tinjauan PRK cuma UNCEDEL dan Merdeka Center. Kajian yang ni dibuat oleh Pusat Kajian Pilihan Raya UCSI (University College Sedaya International). Aku tak pasti setakat mana kredibiliti kajian UCSI ni.

Kajian UCSI tu mendapati 28.3% undi Melayu akan memilih Dyana dengan 8% masih belum membuat keputusan, 43% pengundi India dijangka memilih Dyana dengan 13 peratus lagi belum membuat keputusan dan untuk pengundi cina masih tak berubah macam PRU13 lepas 75% akan memilih Dyana.
Katanya, tinjauan itu menunjukkan jangkaan bahawa DAP akan menang dengan majoriti 3,000 undi sekiranya 70 peratus keluar mengundi pada 31 Mei. - Ibid.
Aku sebenarnya tak berapa nak percaya dengan kajian macam ni terutama kalau melibatkan keputusan PRK termasuk keputusan PRK Teluk Intan ni. Pasainya dah banyak kali hasil 'kajian ilmiah' macam ni tersasar jauh.

Mungkin kut ramai yang 'tak ikhlas' bila jawab 'questionnaire' tu pasai ramai yang 'takut' nak bagitau siapa sebenarnya yang depa nak undi nanti hasil budaya ugutan yang Umno BN dah tanam berpuluh tahun.

Apa pun, aku harap hasil kajian ni boleh mempengaruhi pengundi luar untuk balik mengundi. Aku cukup yakin kalau lagi ramai pengundi luar yang balik mengundi undi majoriti yang akan Dyana dapat akan jadi lebih besar.

Berkaitan:
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...