Aku ingatkan calon DAP PRK Teluk Intan tu ada sekat JPJ atau pun polis tengah jalan ka sampai depa gelar Dyana Sofya SAMSENG JALANAN. Atau pun dia pernah ragut orang atau paling kurang dia selalu merempit tengah jalan.
Ramai bloggers dan facebookers macam Umno BN yang gelar calon DAP PRK Teluk Intan Dyana Sofya SAMSENG JALANAN bila depa jumpa maklumat yang kata dia ada 7 saman yang tertunggak.
Ayat spin pun macam cantik ja:
Calon DAP PRK Teluk Intan ada 7 saman jalan raya yang belum jelas, berjumlah RM1,750. Ini sepatutnya tidak berlaku pada wakil rakyat yang bertanding untuk menegakkan undang-undang, tambahan pula kononnya dia seorang peguam. Bagaimana hendak mengatakan diri itu bersih dan mengamal undang undang - Macai korekcium.
Siap screenshot dan tampal macam imej kat bawah ni
Macam aku komen dalam facebook, aku ingatkan calon DAP PRK Teluk Intan tu ada sekat JPJ atau pun polis tengah kat jalan ka sampai depa gelar Dyana Sofya samseng jalanan. Atau pun dia pernah ragut orang atau pun paling kurang dia selalu merempit tengah jalan macam gambar kat bawah ni.
Gambar Hiasan |
Pasainya tara Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Ahmad Fuad Abdul Latif pun tak faham atau pun mungkin saja buat-buat tak faham sampai peguam Zul Hazmi 'sekolahkan' pegawai polis ni dalam facebook.
Post by ذوالحزم شاريف.
Agak-agak berani dak polis 'ambik tindakan' kat peguam muda PAS yang lancang ni.... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis