Macamana la agaknya jawapan depa kalau ada pengundi yang tiba-tiba ada makcik Umno tanya depa berkenaan isu aurat tu, perayu undi dengan pakaian sampai tahap pakai purdah tapi berkempen untuk Dyana Sofya wanita Islam jadi calon DAP PRK Teluk Intan yang tudung pun tak pakai.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Walaupun masih baru dalam dunia politik, Dyana Sofya Mohd Daud dipilih sebagai calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei ini, beberapa hari selepas dikutuk dalam kempen memburuk-burukkan beliau di laman sosial.
Berusia 27 tahun, peguam kelahiran Perak itu terpilih menewaskan calon berpotensi lain termasuk penceramah berpengalaman Hew Kuan Yew, yang lebih dikenali sebagi Superman kerana kegemaran beliau memakai baju dengan motif dan imej adiwira ini. - TMI.
Tak salah kut aku bubuh tajuk Dyana Sofya ni sebagai calon PAS pasainya sebelum ni Mat Sabu dengan tegas kata RamKarpal adalah calon PAS untuk PRK Bukit Gelugor bila ada yang mintak dia komen pasai Mohamed Nabi Bux yang mengaku calon PAS.
Berbalik pasai calon DAP untuk PRK Teluk Intan ni, aku rasa takdak masalah sangat kut untuk Dyana Sofya ni berjaya diangkat sebagai Ahli Parlimen ternuda. Dengan sokongan yang nampak cukup jelas terutama dalam media sosial yang boleh kita kata sebagai mewakili sokongan golongan muda aku yakin dia boleh menang dengan majoriti yang lebih besar untuk DAP berbanding keputusan PRU13 lepas.
Roketkini melaporkan:
Calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau bersedia menghadapi segala cabaran mendatang dan tidak sekali-kali akan berundur walau diserang dengan palbagai cara.Bab nak merobohkan tembok perkauman tu pun aku tak rasa ada masalah sangat untuk Dyana Sofya. Cumanya aku tertarik nak tengok macamana 'aksi' jentera kempen PAS terutama sekali geng perayu undi dari kalangan muslimat.
“Saya berbesar hati dan sangat berterima kasih terhadap pencalonan ini.
“Sebagai anak negeri Perak, saya akan memberikan segala tenaga atas amanah yang diberikan pucuk pimpinan untuk meruntuhkan tembok perkauman, menghargai perbezaan dan menjunjung tinggi prinsip perlembagaan. - Roketkini.
Macamana agaknya aksi depa terutama sekali yang selama ni akai purdah nak bersama berkempen untuk Dyana Sofya yang dah la calon beragama Islam untuk DAP, tak pakai tudung pulak tu.
Macamana la agaknya jawapan depa kalau ada pengundi yang tiba-tiba ada makcik Umno tanya depa berkenaan isu aurat tu, perayu undi dengan pakaian sampai tahap pakai purdah tapi berkempen untuk Dyana Sofya wanita Islam jadi calon DAP PRK Teluk Intan yang tudung pun tak pakai.
Apa pun kat bawah ni biodata ringkas Dyana Sofya
Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud
Umur : 27 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Agama : Islam
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM
Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)
Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah
Ahli Keluarga : Ibunya, Yammy Samad, pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis