Memang takdak sungguh la kut nama Mohamed Nabi Bux yang jadi calon bebas dalam PRK Bukit Gelugor tu takdak dalam database keahlian PAS.
Cuma ramai yang mushkilnya macamana mamat tu boleh ada sijil PAS kalau dia bukan ahli. Tak berapa nak logik kut kalau nak kata dia photoshop sijil keahlian dia tu.
Lagi satu mamat tu siap kata dia pernah jadi setiausaha cawangan PAS mana tah. Macamana dia boleh jadi setiausaha cawangan kalau dia bukan ahli.
Kalau tanya aku, aku rasa bab sijil ahli ni akibat KELEMAHAN Pejabat Setiausaha Agung. Tah bila nak berjaya jadi PUTIH aku pun taktau.
Lagi satu pada aku tak berapa nak kena la Mahfuz nafi keahlian Mohamed Nabi Bux ni. Pada aku lebih cantik rasanya kalau Jawatankuasa Disiplin PAS bersidang dan ambik keputusan PECAT keahlian mamat tu.
Lebih mudah macam tu dari buat penafian macam tu tapi orang tak berapa nak percaya malah menimbulkan lagi banyak persoalan.
Lagi pun biasa la dalam sesuatu organisasi ada ahli yang jadi pembelot. Walaupun PAS sebuah organisasi dahwah selain bepolitik tapi hakikatnya tak semua orang boleh ditarbiah malah ada jugak orang yang memilih untuk tidak ditarbiah.
Tara diperingkat pimpinan pun ada jugak yang nampak macam takdak tarbiah organisasi, tambah-tambah lagi la diperingkat ahli bawah...
posted from Bloggeroid
Update:
Berkaitan
- Mohamed Nabi Bux bukan ahli PAS - Mustafa Ali - AstroAwani