Kalau sebab yang ni aku setuju PAS Kelantan tangguh bentang Private bill Hudud di Parlimen | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 22, 2014

Kalau sebab yang ni aku setuju PAS Kelantan tangguh bentang Private bill Hudud di Parlimen

Kalau referendum Hudud Kelantan tu ditolak oleh majoriti rakyat Kelantan maknanya PAS Kelantan gagal memahamkan rakyat Kelantan walaupun dah lebih 20 tahun undang-undang tu diluluskan di Dun Kelantan.undang-undang hudud tu.

AstroAwani melaporkan:
Kerajaan Kelantan yang diterajui PAS boleh membuktikan pelaksanaan hukum hudud merupakan benar-benar kehendak rakyat negeri itu dengan mendapatkan pungutan suara atau referendum, kata Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Ahmad Syukri Ab Razab.

Ahmad Syukri berkata jika Referendum tersebut boleh Kerajaan PAS Kelantan bukan sahaja akan menjadi contoh kepada Kerajaan Negeri lain, tetapi juga kepada Kerajaan Persekutuan. - AstroAwani.   
Dalam posting aku sebelum ni aku sokong kenyataan Presiden PAS yang sokong PAS Kelantan bentang Private bill Hudud di Parlimen.

Kalau baca posting aku tu, aku sebenarnya tak berapa setuju dengan tindakan 'terburu-buru' PAS Kelantan tu tapi sebab 'terlepas cakap' memang patut cadangan tu diteruskan supaya PAS tak dilihat parti flip flop dan tak berpendirian kukuh.

Aku sebenarnya lebih suka kalau PAS Kelantan buat beberapa tindakan lain terlebih dulu sebelum bentang Private bill Hudud di Parlimen dan salah satunya adalah referendum Hudud macam yang Penyelaras Suaram cadang tu.

AstroAwani juga melaporkan:
Katanya, melalui sistem referendum ini, rakyat akan membuat pilihan merentasi batas fahaman politik dan bersatu demi kepentingan negeri. - Ibid.
Juga dilaporkan:
Katanya, keputusan PRU13 yang lalu menunjukkan hanya 44 peratus rakyat Kelantan memberi undi mereka kepada PAS hingga boleh membentuk kerajaan di negeri itu.

"Undi keseluruhan yang diperolehi oleh PAS di Kelantan adalah 44 % daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berdaftar iaitu sebanyak 400,238 orang, diikuti oleh BN 37% dan PKR 2%.

"44% ini merupakan angka signifikan yang menunjukkan tidak sampai separuh rakyat Kelantan yang berdaftar sebagai pengundi memberi undi kepada PAS.

"Untuk mendakwa majoriti rakyat Kelantan menyokong PAS, maka PAS perlu mendapat sekurang-kurangnya 465,000 undi," jelas beliau. - Ibid.
Dengan melakukan referendum PAS Kelantan sebenarnya memaksa Umno Kelantan untuk berpihak samada untuk menyokong referendum tu dan rakyat boleh tengok rupa sebenar Umno Kelantan berkenaan hukum Allah tu.

Kalau referendum Hudud Kelantan tu ditolak oleh majoriti rakyat Kelantan maknanya PAS Kelantan gagal memahamkan rakyat Kelantan walaupun dah lebih 20 tahun undang-undang tu diluluskan di Dun Kelantan.

PAS Kelantan kena tangguh cadangan nak bentang Private bill Hudud di Parlimen dan perlu tingkatkan lagi usaha untuk memahamkan rakyat Kelantan berkenaan Kanun Jenayah Syariah yang di dalamnya ada undang-undang hudud tu.

Kalau referendum tu diterima majoriti rakyat Kelantan PAS Kelantan perlu segerakan cadangan bentang Private bill Hudud di Parlimen dan aku yakin hasilnya akan berbeza berbanding kalau bentang Private bill Hudud di Parlimen tu tanpa dapat persetujuan rakyat Kelantan melalui referendum.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...