Cumanya bila Seminar Antarabangsa mengenai Autisme ni anjuran Program Permata di bawah Rosmah, aku cukup yakin akan berlaku pembaziran wang rakyat yang melampau untuk benda yang sebenarnya tak perlu.
Bernama melaporkan:
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi hos jamuan malam sambutan peserta Seminar Antarabangsa mengenai Autisme 2014 (ISAM 2014) di Seri Perdana di Putrajaya semalam.
Jamuan dihadiri oleh Wanita Pertama Sri Lanka, Shiranti Wickramasinghe Rajapaksa; Wanita Pertama Republik Kyrgyz Dr Raisa Atambaeva; Wanita Pertama Albania Odeta Nishani; and Wanita Pertama Morocco Nabila Benkirane serta anak perempuan Perdana Menteri Bangladesh Saima Wazed Hossain. - Mkini.
Aku cukup tertarik dengan senarai kawan-kawan Rosmah yang terdiri dari kalangan Wanita Pertama dari negara Sri Langka. Kyrgyz, Albania, Morocco dan jugak anak PM Bangladesh. Memang 'tinggi' sungguh standard kawan-kawan Rosmah ni.
Taktau la pulak kalau depa-depa ni dijemput khas pasai depa-depa ni memang significant dalam hal Autism tapi kalau macam tu tentu dalam laporan Bernama tu ada sebut. Ataupun mungkin jugak cuma depa-depa tu saja yang masih sanggup kawan dengan Rosmah bini Najib ni.
Dalam bab penganjuran Seminar Antarabangsa mengenai Autisme 2014 dengan tema 'Autism Is Not A Tragedy, Ignorance Is' (Autisme Bukan Tragedi, Tetapi Kejahilan)' ni aku sangat-sangat sokong. Memang patut sangat kanak-kanak Autism mendapat layanan dan hak depa yang sepatutnya sebagai rakyat Malaysia.
Ramai mak pak yang ada anak Autism yang bela anak depa dengan serba kepayahan tanpa bantuan sokongan terutama sekali yang tinggal diluar bandar-bandar besar dan terpaksa pulak pendam rasa bila ramai yang tengok anak depa dengan pandangan sinis malah tak kurang juga dengan pandangan menghina.
Cumanya bila Seminar Antarabangsa mengenai Autisme ni anjuran Program Permata di bawah Rosmah, aku cukup yakin akan berlaku pembaziran wang rakyat yang melampau yang sebenarnya tak perlu tapi terpaksa dibelanjakan pasai nak sesuaikan dengan standard Rosmah yang memang semua orang tau tahap gila-gila punya melampau.
Macam majlis jamuan malam tu, tah berapa la duit rakyat yang terpaksa dihabiskan. Aku bukan kata tak boleh buat jamuan malam tapi tentu punya akan ada kroni yang buat untung gila-gila dengan charge yang tak masuk akal dengan apa yang depa sediakan.
Bernama juga melaporkan:
Dianjurkan oleh Program Permata dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan badan bukan kerajaan 'Autism Speaks', menekankan pentingnya menyediakan program intervensi berkualiti tinggi untuk kanak-kanak autistik.Bab ni pun satu hal, pasai apa tak sebut nama pakar autism dari Malaysia tu macam Dr. Hasnah Toran dari UKM yang bertungkus lumus bersusah payah tubuhkan Makmal Pembelajaran Autisma UKM, 'penganjur sebenar' program ni..
Pembentang kertas antarabangsa termasuk Prof Dr Eric Fomboune dari Oregon Health and Science University, Prof Dr Cheryl Dissanayake (La Trobe University, Australia) dan Dr Wu Ruth Yu Yu (Taipei Teachers University) di samping beberapa pakar autisme dari Malaysia. - Ibid.
Patutnya dari dibazirkan duit rakyat untuk perbelanjaan yang tentu punya melampau untuk majlis jamuan malam tu lebih baik duit tu dibagi kepada pusat macam Makmal Pembelajaran Autisma UKM tu, tentu lebih banyak program yang boleh depa buat untuk kebaikan anak-anak Autism.
Apa pun, tahniah dan terima kasih buat Dr. Hasnah Toran yang bersungguh-sungguh berusaha untuk bagi kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak Autisme .
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis