Sebab pasai apa semua patut sokong pengumuman Najib berkenaan MH370 semalam | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 25, 2014

Sebab pasai apa semua patut sokong pengumuman Najib berkenaan MH370 semalam

Selepas dah 17 hari pesawat MH370 tu hilang memang elok sangat la Najib buat pengumuman macam tu bila ada hasil dapatan dari pihak yang ada autoriti dan kredibiliti macam Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB).

Harakahdaily melaporkan:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bahawa kedudukan terakhir pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia dikesan di tengah Lautan Hindi di sebelah barat Perth, Australia.

Maklumat berhubung lokasi terakhir pesawat yang hilang sejak 17 hari lalu itu diterima menerusi data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu, umum Najib. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sehubungan itu, operasi mencari kini ditumpukan di koridor selatan, lokasi pesawat itu dipercayai terhempas. - Ibid.
Kat bawah ni clip ucapan Najib tu


Aku sejak awal lagi rasa cuma ada 2 kemungkinan saja sebab MH370 boleh 'hilang total'. Yang pertama pesawat Boeing 777-200ER tu dirampas dan selamat mendarat di satu tempat rahsia ataupun pesawat tu terhempas tapi entah macamana tak dapat dikesan oleh mana-mana sistem pengesan.

Macam beberapa posting aku sebelum ni aku pilih sebab pertama pasainya lebih kepada menaruh harapan agar semua 239 penumpang dan anak kapal tu dapat balik ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.

Tambah pulak dengan teknologi perhubungan yang cukup canggih sekarang ni aku langsung tak percaya pesawat sebesar tu boleh 'hilang total' kecuali memang ada yang buat dia 'hilang total' yang takdak sebab lain kecuali untuk merampas pesawat tu.

Dengan teknologi yang semakin pesat maju ni tak mustahil ada yang dah berjaya cipta alat dan kaedah untuk halang radar dan satelit untuk kesan pesawat tu.

Ditambah pulak dengan cara kerajaan pimpinan Najib mengendalikan 'cerita' pasai kehilangan MH370 tu cerita kemungkinan pilot pesawat tu bunuh diri pasai tak puas hati bila Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dalam kes liwat Saiful sehari sebelum kejadian atas alasan Kepten Zaharie Ahmad Shah adalah penyokong tegar PKR.

Semua tu menguatkan lagi andaian aku yang pesawat tu berjaya dirampas dan tak mustahil mungkin kerajaan pimpinan Najib pun samada secara langsung ataupun tidak langsung atau mungkin juga 'dipaksa' terlibat dalam rampasan tu yang motifnya boleh jadi macam-macam.

Aku tak tuduh Najib terlibat pasai tu aku tak pernah tulis pun pasai ni dalam posting aku sebelum ni tapi mengenangkan kejahatan dan teruknya rasuah dalam kerajaan pimpinan Najib kemungkinan macam tu memang cepat mai kat kepala otak aku.

Apa pun selepas 17 hari pesawat MH370 tu hilang memang elok sangat la Najib buat pengumuman macam tu bila ada hasil dapatan dari pihak yang ada autoriti dan kredibiliti macam Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB).

Pasainya dah lama sangat keluarga mangsa 'tertahan' emosi depa. Lagi cepat 'berita buruk' tu depa terima harap-harap lagi cepat emosi depa boleh pulih balik kalau pun mungkin takkan jadi 100% macam sebelum kejadian.

Pada aku tindakan Najib ni adalah satu tindakan yang bijak. Dia bukan buat lawak kangkung kali ni pasai dia disokong oleh Immersat dan AAIB. Kalau ada yang nak penjelasan teknikal yang lebih detail dia senang-senang boleh suruh depa pi tanya Immersat atau AAIB.

Lagi satu, kalau betul pun andaian aku yang pesawat tu berjaya dirampas, kemungkinan untuk mangsa MH370 tu masih hidup aku rasa cukup-cukup tipis. Pasainya sampai sekarang pun takdak yang tampil mintak wang pampasan atau apa-apa tuntutan dan 239 tu sebagai tebusan.

Tambah-tambah pulak kalau perampas pesawat tu dah dapat apa yang depa nak mungkin dalam bentuk bagasi yang pesawat tu bawa ataupun mungkin rahsia teknologi yang mungkin ada pada penumpang pesawat tu. Lagi mudah untuk perampas pesawat tu bebas selamat kalau depa pastikan semua 239 penumpang dan anak kapal tu mati.

Dan kalau la ditakdirkan lepas ni kesemua 239 mangsa MH370 tu ditemui selamat berita tu akan jadi satu berita yang sangat menggembirakan untuk keluarga depa dan Najib pun boleh tumpang gembira tanpa perlu ada rasa bersalah.

Lagi satu dan yang tak kurang pentingnya pasai apa aku kata semua patut sokong pengumuman Najib semalam pasai Najib umum semalam selepas PRK N25 Kajang.

Kalau Najib ada ajenda politik macam andaian sesetengah pihak dalam isu MH370 ni, paling cantik kalau Najib buat pengumuman macam tu pada malam 22 Mac, tentu sikit sebanyak akan mempengaruhi pengundi Dun Kajang yang mengundi pada 23 Mac.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...