Kalau orang di pendalaman Baling yang menoreh getah tu boleh guna duit rakyat macam Rosmah guna RM426ribu lebih untuk satu penerbangan, ayam harga sekoq seratus pun depa tak heran.
Malaysiakini melaporkan:
MP Seremban, Anthony Loke hari ini mempertikaikan perbelanjaan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya ke Qatar pada tahun lalu yang menelan belanja lebih RM400,00 seperti disahkan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau merujuk kepada soalannya yang dijawab Shahidan (kanan), yang menjelaskan bahawa kos penerbangan Rosmah ke 4th Qatar International business Women Forum pada November lalu sebanyak RM426,489.46. - Mkini.
Takdak perkataan lain yang sesuai pada aku selain dari CELAKA. Dalam keadaan ada rakyat yang terpaksa ambil upah menoreh getah orang yang terpaksa beli beras timbang kilo untuk bagi anak bini makan, Rosmah senang-senang perabih duit rakyat dekat setengah juta cuma untuk kos penerbangan pi satu program forum.
Kalau duit RM426,486.46 sen tu diguna untuk beli beras boleh dapat lebih 250tan beras yang boleh dibagi terutama sekali kepada penoreh getah.
Walaupun depa takdak masalah untuk menoreh pasai bukan musim hujan getah pulak kurang pasai sekarang ni tengah musim bunga, ditambah pulak dengan harga sekilo getah yang cuma dua ringgit lebih sikit ja tu agak-agak berapa puluh batang pokok depa kena toreh untuk dapat beli sekilo beras.
Malaysiakini juga melaporkan:
"Di mana moral dia (Najib) cari ayam RM1 tetapi isteri dia menggunakan perbelanjaan kerajaan secara keterlaluan," katanya.Depa laki bini ni memang jenis CELAKA, Rosmah bazir RM426,489.46 cuma untuk satu penerbangan Najib pulak dengan bangga bagitau dia beli ayam seekoq RM1 saja.
Beliau merujuk kepada tindakan Najib membeli ayam berharga RM1 seekor sewaktu menyampaikan anugerah kedai harga patut kepada pasar raya besar NSK, semalam.- Ibid.
Kalau orang di pendalaman Baling yang menoreh getah tu boleh guna duit rakyat macam Rosmah guna RM426ribu lebih tu untuk satu penerbangan, ayam harga sekoq seratus pun depa tak heran.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis