Husam belasah Kerajaan Negeri Kelantan dalam sidang Dun (video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 09, 2013

Husam belasah Kerajaan Negeri Kelantan dalam sidang Dun (video)

Tapi mungkin jugak Hj Husam belasah Kerajaan Kelantan dalam sidang Dun sebab dia cuba guna saluran lain tapi langsung tak berkesan ataupun mungkin jugak semua saluran lain untuk dia dah disekat.

mStar melaporkan:
Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan pada Selasa membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Datuk Husam Musa (PAS-Salor) yang membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan antara lain membangkitkan isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu. - mStar.  
Terkejut jugak aku bila baca laporan mStar tu, memang tak pernah jadi dalam sejarah kut aksi belasah kerajaan sendiri sampai macam tu.

Untuk isu balak, Husam membayangkan perkara macam tu takkan jadi kalau TG Nik Aziz masih jadi Menteri besar.

Untuk kenaikan tarif air pulak Husam kata Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diurus dengan kurang amanah dan jugak semua hasil projek jauh dari sasaran walaupun berbelanja besar.

Aku tengok episod ni dari dua sudut. Yang pertama Husam benar-benar jadi seorang Adun yang cuba membela nasib dan hak rakyat walaupun terpaksa memalukan parti sendiri. Dalam bab ni aku sokong Husam 100%.

Cumanya cara dia hentam dalam sidang Dun tu pada aku nampak tak berapa nak kena, patutnya dia gunakan saluran dalaman untuk betulkan semua 'kesilapan' tu.

Tapi mungkin jugak Hj Husam belasah Kerajaan Kelantan dalam sidang Dun sebab dia dah cuba guna saluran lain tapi langsung tak berkesan ataupun mungkin jugak semua saluran lain untuk dia dah disekat.

Satu lagi sudut, episod ni membayangkan pergolakan yang cukup teruk dalam PAS di Kelantan. 'Peperangan' antara Husam dengan Ust Nik Amar nampaknya macam dah cukup meruncing. Betul atau tak persepsi tu aku taktau tapi itu persepsi yang aku nampak.

Aku malas nak buat andaian lebih-lebih, hangpa teliti sendiri video perbahasan oleh Adun Salor tu.


Walaupun lenggok bahasa yang Hj Husam guna cukup lembut tapi isi yang dia bawak cukup keras mengkritik kerajaan baru 'pimpinan' Ust Nik Amar.

Bawah ni pulak bukti surat berkenaan tanah balak 3,500 ekar tersebut yang dah dikomen dengan catatan "Pada dasarnya ditolak."

Sumber: Facebook
Harap-harap TG Nik Aziz tak perlu jadi macam Dr. Mahathir yang terpaksa menasihat Paklah secara terbuka sebelum ni dan lani sekali sekala terpaksa nasihat Najib pulak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa Harap-harap surat tu tak masuk bawah OSA. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...