Anwar akan bersara dari politik kalau kalah di PRK Kajang. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 24, 2014

Anwar akan bersara dari politik kalau kalah di PRK Kajang.

Kalau dulu Anwar janji akan bersara kalau Pakatan Rakyat gagal menguasai Putrajaya, apa kata kalau kali ni Anwar janji pulak akan bersara kalau dia kalah di PRK Kajang.

Freemalaysiatoday melaporkan:
Tokoh dermawan Datuk Ujang Bagong meramalkan bahawa calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang 80% undi dalam pilihanraya kecil (PRK) Kajang bulan depan.

“Anwar akan menang 80% undi rakyat. Yang lain akan mendapat 20% dan hilang deposit,” kata anak tempatan terkenal Kajang yang berumur 90 tahun. - FMT.
Gila babi punya yakin Pakcik ni, sampai berani kata Anwar Ibrahim akan dapat 80% undi. Hebat sungguh ka aura Anwar Ibrahim untuk dapat undi macam tu punya banyak.

Ketua Wanita PKR pulak kata Anwar Ibrahim akan menang dengan majoriti melebihi 10,000 undi. Mungkin kut jentera wanita PKR cukup hebat sampai boleh bagi jumlah majoriti sampai macam tu.

Kalau macam tu punya hebat, apa kata kalau Anwar ulang balik janji yang dia buat masa sebelum PRU13 dulu. Kalau dulu Anwar janji akan bersara kalau Pakatan Rakyat gagal menguasai Putrajaya, apa kata kalau kali ni Anwar janji pulak akan bersara kalau dia kalah di PRK Kajang.

Tentu PRK Kajang lagi meriah kalau Anwar berani berjanji macam tu.

Aku yakin kalau Anwar berani berjanji macam tu, kem Azmin akan lebih bersungguh-sungguh berkempen untuk PRK Kajang ni.

Cumanya aku tak berapa pasti depa nak kempen belah mana, pasainya kalau Anwar kalah dan bersara dari politik takdak sapa lagi dah kut yang boleh halang Azmin dari menang jawatan Presiden PKR dalam pemilihan PKR yang akan datang.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...