Aku yakin tindakan Dr. Mahathir sokong Kassim Ahmad dalam isu anti-hadith ni bukan saja-saja tapi adalah juga satu strategi politik dia untuk menenggelamkan strategi politik Anwar Ibrahim.
Malaysiakini kelmarin dulu melaporkan:
Ketika banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim Ahmad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini tampil mempertahankan yang dituduh anti-Hadis itu.
Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu. - Mkini.
Hari ni Jumaat aku yakin hampir semua masji di Malaysia tok khatib baca khutbah pasai isu anti hadis. Khatib yang tak baca teks yang JAKIM bagi pun aku yakin berkhutbah bab ni jugak.
Sekarang ni cukup viral isu anti hadis ni terutama dikalangan orang melayu hasil ucapan Kassim Ahmad yang kata mengulangi pendirian dia yang anti hadith.
Selain dari membantai Kassim Ahmad dalam tulisan termasuk dalam media baru hari ni banyak jugak yang anjurkan demo mengutuk Kassim Ahmad selepas solat Jumaat.
Isu ni jadi tambah panas bila Dr. Mahathir secara terbuka membela Kassim Ahmad macam yang dilaporan Malaysiakini tu.
Malaysiakini juga melaporkan:
Beliau berkata Kassim (kanan) bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.Dan Dr. Mahathir sebagai seorang ahli politik tak pernah leka untuk 'political mileage'
"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi. - Ibid.
Mahathir turut menyindir pihak yang asyik membuat laporan polis berkenaan setiap perkara yang dilihat sebagai salah.Aku yakin tindakan Dr. Mahathir sokong Kassim Ahmad dalam isu anti-hadith ni bukan saja-saja adalah juga satu strategi politik dia untuk menenggelamkan strategi politik Anwar Ibrahim.
"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.
“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.
"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," tambah beliau.
- Ibid.
Memang nampak jelas isu anti-hadith dah pun berjaya mengatasi strategi Kajang.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis