Kalau telahan aku betul, tindakan berani Khalid Ibrahim melalui PKNS memecat serta-merta hampir 30 kakitangan PHSB ni sangat-sangat patut disanjung sebagai satu tindakan politik yang cukup berani untuk pastikan PKNS dan lain-lain entiti dibawah Kerajaan negeri Selangor bersih dari parasit penchachai Umno BN.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mempertahankan tindakan memecat 22 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menjimatkan perbelanjaan operasi sebanyak RM7 juta.
Menteri besar Selangor itu berkata, pemecatan tersebut adalah mengikut prosedur yang dibuat dalam perjanjian dengan kakitangan PKNS tersebut. - TMI.
mStar melaporkan:
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).Aku taktau apa punca sebenar kakitangan PHSB yang merupakan anak syarikat di bawah PKNS tu dipecat serta-merta, malas nak korek cari maklumat tambahan.
Beliau ketika ditemui berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB dan menganggap tiada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan pemberhentian disebabkan mereka tidak melanjutkan kontrak kakitangan terbabit.
Abdul Khalid berkata menerusi nota yang diberikan kepadanya, pihak pengurusan PHSB memaklumkan tindakan itu adalah sebagai langkah untuk menentukan jumlah pekerja yang sesuai dalam organisasi berkenaan memandangkan pekerja yang diberhentikan itu adalah pekerja kontrak. - mStar.
Tak kira la tamat kontrak, tak disambung kontrak atau pun memang dipecat, yang pentingnya depa tak lagi bekerja dengan anak syarikat di bawah PKNS.
Puak-puak penchachai Umno ada yang cuba spin isu ni dengan kata pemecatan tu ada sangkut paut dengan pemecatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Berkaitan atau tak aku tak tau dan tak penting sangat kut.
Dalam isu ni aku suka tengok dari sudut pemecatan ni atas sebab politik. Aku harap telahan aku betul, sebab sebenar pemecatan ni pasai 22 kakitangan tu adalah barua Umno yang dilantik masuk ke dalam syarikat tu atas kabel Umno masa zaman sebelum Khalid Ibrahim jadi menteri besar, bagi gaji kat depa supaya depa boleh berkhidmat untuk Umno.
Memang ada lobiknya bila Khalid Ibrahim kata dengan pecat depa-depa ni PKNS boleh jimat RM7juta setahun. Aku yakin kalau betul depa-depa ni dilantik atas kabel Umno tak mustahil gaji yang depa dapat tak setimpal dengan kelulusan, kualiti perkhidmatan dan tanggungjawab skop kerja depa.
Malah tak mustahil ada dikalangan depa-depa yang 22 orang tu cuma ada jawatan dan dibayar gaji oleh PHSB tapi sebenarnya buat kerja sepenuh masa untuk jawatan depa dalam Umno.
Kalau telahan aku betul, tindakan berani Khalid Ibrahim melalui PKNS memecat serta-merta hampir 30 kakitangan PHSB ni sangat-sangat patut disanjung sebagai satu tindakan politik yang cukup berani untuk pastikan PKNS dan lain-lain entiti dibawah Kerajaan negeri Selangor bersih dari parasit penchachai Umno BN.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis