Taktau la pulak kalau SPR batal PPS wakil parti tu sebab SPR nak ubah peraturan sediada kepada pendaftaran pengundi baru secara automatik untuk semua rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun, tobat lahom SPR nak berani...
Roketkini melaporkan:
Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memperbaharui tempoh penolong pendaftar pemilih (ARO) yang berperanan mendaftarkan pengundi untuk parti politik menyebabkan jumlah pendaftaran pengundi baru menurun dengan ketara, kata Pengarah Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming.
Beliau berkata, jumlah itu sangat ketara selepas melihat jumlah pendaftaran selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
“Sementara salah satu sebab pengurangan itu kerana pengundi melihat tiada keperluan untuk mendaftar sebaik selepas PRU, tidak boleh dinafikan tindakan SPR itu turut menyebabkan pendaftaran pengundi oleh parti politik turut berkurang. - Roketkini.
Juga dilaporkan:
SPR melalui satu surat bertarikh 13 November 2013 menyatakan tiada lagi pelantikan ARO baru, dengan alasan untuk menyelaraskan kaedah pendaftaran sedia ada. - Ibid.TheMalaysianInsider pada 16 Januari melaporkan:
Langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak akan melantik pembantu pendaftar di kalangan parti politik adalah untuk mengurangkan undi penduduk bandar yang kebanyakannya penyokong Pakatan, kata ahli parlimen DAP.TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming (gambar) berkata, langkah tersebut bukan sahaja menjejaskan jumlah undian untuk DAP tetapi juga untuk semua parti politik. - TMI.
"Sebab yang diberikan untuk keputusan ini oleh SPR adalah bagi membolehkan mereka menyelaraskan proses dan peraturan pendaftaran pengundi baru.Alasan yang SPR bagi adalah "menyelaraskan proses dan peraturan pendaftaran pengundi baru" satu alasan yang langsung tak kongkrit, alasan yang cuma sekadar alasan alau lebih tepat lagi alasan yang BANGANG lagi CELAKA yang sepatutnya dibaca "menyelaras proses dan peraturan pendaftaran pengundi baru yang menguntungkan Umno BN dan merugikan Pakatan Rakyat"
"Ini tidak dapat diterima kerana ia akan menghentikan semua parti politik seperti DAP daripada menjalankan aktiviti pendaftaran pengundi di majlis-majlis kami.
"Malah, data sebelum ini mendapati bahawa Pakatan mempunyai rekod yang lebih baik dalam mendaftarkan pengundi baru berbanding BN," kata Ong dalam kenyataan media hari ini.
Beliau menambah pada tahun 2010, Pakatan telah mendaftarkan sebanyak 107,050 pengundi baru manakala BN hanya mendaftarkan 59,351 pengundi baru di Semenanjung Malaysia. - Ibid.
Lebih celaka lagi bila Harakahdaily pada 3 Februari melaporkan:
Setiap ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka kini diwajibkan mendaftar sebanyak 100 pemilih baharu setahun berkuat kuasa hari ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.Apa kejadahnya PPS untuk parti politik dibatalkan tapi Ahli Majlis PBT dan JKKK pulak dibagi kuasa untuk mendaftarkan pengundi baru.
Beliau berkata langkah itu bertujuan menambah bilangan pengundi baharu untuk persediaan pilihan raya umum ke-14.
Katanya sebelum ini, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Bandar (JKKB) turut diminta mendaftar sekurang-kurangnya lima pengundi baharu setiap bulan. - Hrkh.
Taktau la pulak kalau SPR batal PPS wakil parti dengan alasan "menyelaras proses dan peraturan pendaftaran pengundi baru" tu sebab SPR nak ubah peraturan sediada kepada pendaftaran pengundi baru secara automatik untuk semua rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun, tobat lahom SPR nak berani...
Lagi satu yang aku paling mushkil, mana suara lantang PAS dalam isu ni, takkan DAP saja yang dapat surat dari SPR yang bertarikh 13 November 2013 tu?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis