Memang patut sangat Anwar Ibrahim bagi pencerahan menatang apa sebenarnya konsensus tu dan apa bezanya konsensus tu dengan Uniti Government supaya lebih cepat aku boleh kata "konsensus kepala hotak hang..."
mStar melaporkan:
Anwar Ibrahim wajar menjelaskan format dan konsep sebenar konsensus nasional kepada rakyat sebelum Pilihanraya Kecil Dun Kajang berlangsung. Ini bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar mengenai persepsi tersebut dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalahertikan.
Samada ia Permuafakatan Kebangsaan, Muzakarah Politik, Dialog Nasional mahupun Kerajaan Campuran atau Perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit. Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menghuraikannya dengan lebih jelas. - mStar.
Petikan kat atas tu sebahagian tulisan YB Ust Nik Abduh dan aku bersetuju dengan hasrat tulisan dia tu, cumanya pada aku Anwar patut bagi pencderahan pasai konsensus tu lama dah sejak dia mula jual istilah konsensus tu lagi.
Persepsi aku setakat ni menatang konsensus ni lebih kurang ja kut macam Unity Government yang Presiden PAS TG Hj Hadi usulkan sebelum ni yang dapat bantahan keras dari pelbagai pihak malah jadi bahan sendaan termasuk dari kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri.
Kot mana pun Anwar nak goreng nanti, konsensus tu tentu punya tak boleh lari dari perlu bekerjasama dengan pemimpin Umno.
Pasai apa pulak kita nak kena bekerjasama dengan pemimpin Umno yang memang terkenal dengan kaki rasuah, kaki seleweng, kaki salahguna kuasa dan bermacam lagi jenis kaki yang akhirnya menyusahkan rakyat.
Tabah-tambah pulak dalam keadaan realiti sekarang ni Umno BN yang pegang tampuk kuasa di Putrajaya tentu punya kalau ada Konsensus ataupun Unity Gonernment yang akan jadi kepala mesti dari kalangan pemimpin Umno, takkan depa nak setuju kalau konsensus tu Anwar yang jadi kepala.
Kalau puak-puak tu yang jadi kepala, buat la plan atau strategi hebat macamana pun tak kan boleh berjalan ikut plan punya, depa nanti tentu punya akan kelong atau kona ikut suka depa yang akhirnya konsensus entah ke mana, Umno terus berkuasa dan rakyat akan terus sengsara.
Dalam keadaan Umno BN semakin tertekan dan semakin ramai rakyat yang sedar Umno BN memang langsung tak boleh diharap kita patutnya buat strategi dan gerakan yang lebih hebat untuk jatuhkan kerajaan Umno BN bukannya buat strategi untuk bagi nyawa dan talian hayat untuk Umno BN.
Pada aku kalau untuk menjatuhkan Umno BN rakyat perlu tanggung sengsara sementara maka rakyat perlu bersedia untuk tanggung sengsara untuk sementara waktu tu.
Pasai aku yakin bila Umno BN dah jatuh tertiarap dan kerajaan baru ambil alih memerintah Malaysia kehidupan rakyat nanti akan lebih terjamin dan negara Malaysia yang cukup banyak sumber kekayaan akan jadi lebih makmur.
Pasai tu, berbalik kepada isu asal, memang patut sangat Anwar Ibrahim bagi pencerahan menatang apa sebenarnya konsensus tu dan apa bezanya konsensus tu dengan Uniti Government supaya lebih cepat aku boleh kata "konsensus kepala hotak hang..."
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis