Anwar beraksi munafiq menCAPATIkan janji untuk bersara kalau kalah PRU13? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 20, 2013

Anwar beraksi munafiq menCAPATIkan janji untuk bersara kalau kalah PRU13?

Aku malas nak ulas apa-apa cuma nak salin tampal sikit lagi apa yang TheMalaysianInsider laporkan pada 7 Julai tu yang mungkin Anwar sendiri terlupa dia ada cakap hari tu.

TheMalaysianInsider pada 7 Julai 2012 melaporkan:
RAWANG, 7 Julai — Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kekal dengan pendiriannya untuk bersara sekiranya tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang walaupun dipujuk oleh anaknya Nurul Izzah semalam. - TMI.
Itu kenyataan Anwar hampir setahun lepas, yang menggambarkan betapa yakinnya dia Pakatan Rakyat akan menumbangkan Umno BN dalam PRU13 yang masa tu dia jangka akan diadakan dalam bulan September tahun lepas.
Mungkin pasai takut dengan keyakinan Anwar tu, Najib tangguh pilihanraya sampai ke tahun ni sambil buat banyak benda untuk beli undi termasuk bagi sekali lagi BRIM dan mungkin jugak merancang penipuan dalam PRU13 dan hasilnya Umno BN menang lagi.

Bila Umno BN masih berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13 dengan menang 133 kerusi, ramai yang desak Anwar tunaikan janji dia untuk bersara.

Tapi sejak selepas keputusan PRU13 diumumkan tak nampak tanda-tanda yang anwar akan bersara dari politik malah mula menggerakkan massa untuk protes keputusan PRU13 yang penuh dengan penipuan tu.

Bila dah ramai sangat yang desak dia termasuk melalui satu keputusan kajian oleh majalah The Edge yang kata 80% pembacanya nak Anwar Ibrahim bersara, Anwar akhirnya bukak mulut pasai isu tu.

Harakahdaily semalam melaporkan:
"Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap di hadapan 60 ribu rakyat Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi, Anwar menafikan apa yang disiarkan dalam laman Web The Edge beberapa hari sudah.

Laporan kononnya beliau dikehendaki bersara adalah palsu dan sengaja dibuat untuk melemahkan rakyat yang cintakan keamanan untuk menuju ke Putrajaya. - Hrkh.
Sebelum itu TheMalaysianInsider pada 13 Mei melaporkan:
KUALA LUMPUR, 13 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar malam tadi tidak akan mengalah dalam perlawanan Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan dakwaan seharusnya menang dan berada di Putrajaya, mengekalkan pendirian mereka Barisan Nasional (BN) menang dengan menipu pada 5 Mei.

“Pemimpin Umno akan kata, kami mempunyai mandat jadi kamu diam. Tetapi saya kata — No way. Kita mempunyai mandat dan akan… lawan tetap lawan - TMI.
Aku malas nak ulas apa-apa cuma nak salin tampal sikit lagi apa yang TheMalaysianInsider laporkan pada 7 Julai tu yang mungkin Anwar sendiri terlupa dia ada cakap hari tu.
Anwar yakin Pakatan Rakyat (PR) akan menang PRU 13 walaupun mungkin terdapat penipuan.

"Insya-Allah, saya yakin akan menang", katanya bila ditanya mengenai peluang memenangi PRU. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...