Kalau betul ada yang cuba sabotaj Presiden, aku harap PAS tak ambil pendekatan 'sapu bawah sejadah' isu Penghakiman Engkar ni macam yang selalu PAS buat sebelum ni.
Harakahdaily melaporkan:
Sejak meletusnya isu Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan ke atas Presiden PAS yang dikasihi beberapa hari lalu, JUHAM ingin melahirkan rasa kehairanan apabila secara tiba-tiba muncul begitu ramai ‘peguam’, ‘pendakwaraya’ dan juga ‘hakim’ di kalangan ahli dan pemimpin PAS.
Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan. - Hrkh.
Nampak gayanya isu pil kuda dah masuk dimensii bagi. Kalau sebelum ni isu pil kuda ni berkisar soal TG Hj Hadi tuduh tanpa bukti tapi perkembangan terbaru dah masuk lebih 'dalam' lagi, jadi masalah dalaman PAS pulak.
Tambah-tambah bila Harakahdaily paparkan tulisan Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS Malaysia yang nampak jelas membela Hj Asmuni yang dituduh saja nak sabotaj Presiden PAS berkenaan Penghakiman Engkar tu.
Aku malas nak kopipes apa yang Noorazmir Zakaria tulis yang hangpa boleh klik link untuk hangpa baca.
Aku cuma berminat nak tekankan sekali lagi macam yang aku tulis dalam 2 posting sebelum ni betapa perlunya PAS membersihkan diri dari isu pil kuda ni yang nampak gayanya bertambah memalukan.
Bukan setakat Presiden PAS dituduh tak Islamik pasai tuduh 'kawan' sendiri tanpa bukti tapi perkembangan terbaru sketsa pil kuda ni nampak seolah-olah macam Presiden disabotaj oleh orang kepercayaannya sendiri dengan cara yang pada aku cukup tak bermaruah.
Kalau betul ada yang cuba sabotaj Presiden, aku harap PAS tak ambil pendekatan 'sapu bawah sejadah' isu Penghakiman Engkar ni macam yang selalu PAS buat sebelum ni.
Aku harap sangat PAS dedahkan sapa yang buat kerja CELAKA tu dan ambik tindakan yang sewajarnya tak kira siapa pun mamat tu. Aku harap sangat PAS tak sorok mamat celaka tu macam PAS sorok mamat CELAKA yang buat kerja gila photoshop gambar masa kempen PRK Sungai Limau sebelum ni.
Kalau takat 'sapu bawah karpet' dan orang tak nampak pulak kira ok lagi, jangan sampai tahap PAS dilihat macam sapu sampah masuk bawah sejadah, sujud sampai lebam dahi pun takdak sapa nak percaya dah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis