Nampak sangat dari isu pengurusan cukai haram ni pemimpin DAP memang cerdik ambik kesempatan sambil bermain persepsi manakala pemimpin Gerakan sanggup beraksi bangang semata-mata tak setuju dengan DAP.
TheMalaysianInsider kemarin dulu melaporkan:
DAP hari ini menggesa Putrajaya mengasingkan hasil kutipan cukai pertaruhan kepada sebuah akaun khas bagi melindungi kepentingan umat Islam serta memberi manfaat kepada penganut bukan Islam.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, berkata dengan pengasingan dana itu, kelak akan dapat membantu pembangunan bukan Islam seperti sekolah vernakular dan badan kebudayaan sosial. - TMI.
Semalam pula TheMalaysiaInsider melaporkan:
Cadangan supaya diasingkan hasil cukai daripada alkohol and perjudian, yang lebih dikenali sebagai "sin tax" (cukai haram), hanya akan memecahbelahkan lagi rakyat Malaysia, kata Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.Dari kenyataan dua pemimpin Cina tu nampak jelas kecerdikan pemimpin DAP dan jugak kebangang pemimpin Gerakan.
Jika cadangan itu diterima, ia hanya akan memisahkan lagi orang Islam dan bukan Islam. - TMI.
Aku yakin Anthony Loke cadangkan macam tu bukan sebab dia peduli pasai takut orang Islam 'terguna' duit haram tapi dia sedar yang hasil dari cukai dosa tu cukup besar yang aku yakin jauh ebih besar dari nilai zakat yang berjaya kerajaan kutip.
Orang bukan Islam akan untung besar kalau cadangan tu diterima pasainya sekolah vernakular dan badan kebudayaan sosial orang bukan Islam akan dapat peruntukan yang cukup besar berbanding yang depa dapat selama ni yang kebanyakkannya cuma dapat menjelang pilihanraya umum atau pun bila ada pilihanraya kecil.
Kenyataan Tan Keng Liang pulak walaupun mungkin nampak ada sikit logik terutama sekali untuk 'pencinta' perpaduan tapi nampak macam dia langsung tak sensitif dengan persepsi orang Islam (baca melayu).
Dia nampaknya masih tak faham yang orang melayu sangat 'sensitif' bab halal haram ni walaupun dalam masa yang sama orang melayu yang mengaku konon sensitif tu sebenarnya kaki arak, kaki judi dan kaki rasuah.
Nampak sangat dari isu pengurusan cukai haram ni pemimpin DAP memang cerdik ambik kesempatan sambil bermain persepsi manakala pemimpin Gerakan sanggup beraksi bangang semata-mata tak setuju dengan DAP.
Tapinya, dari sudut undi orang melayu, pemimpin cerdik atau bangang tak penting, selagi ada lambang kati majoriti orang melayu akan pangkah, taktau la pulak kalau masa PRU14 nanti ditakdirkan tiba-tiba majoriti orang melayu jadi cerdik dan berani berubah pangkah pemimpin yang cerdik pulak...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis