Komen bercelaru Pengerusi Lajnah Kesenian Dewan Muslimat yang biasa menyanyi di Hard Rock Cafe? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 09, 2014

Komen bercelaru Pengerusi Lajnah Kesenian Dewan Muslimat yang biasa menyanyi di Hard Rock Cafe?

Walaupun komen Aisyah pasai isu Hard Rock Cafe Putrajaya ni nampak agak bercelaru tapi kira ok la kut untuk komen politik isu spesifik dia yang pertama sejak jadi Pengerusi Lajnah Dewan Muslimat PAS Pusat.

Senasa pemilihan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat hujung tahun lepas, aku harap sangat Wan Aisyah bekas penyanyi popular menang jawatan tu tapi nasib tak menyebelahi dia.

Tapi Dewan Muslimat PAS Pusat ambil langkah bijak lantik dia sebagai AJK tambahan, bukan takat tu, Wan Aisyah dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Reakreasi Dewan Mslimat PAS Pusat.
Isu cadangan pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya yang agak hangat sekarang ni mungkin dia rasa sebagai ujian pertama dia.

mStar semalam melaporkan:
Permohonan untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di sini hanya diluluskan jika ia mematuhi syarat-syarat ditetapkan termasuk tiada penjualan minuman keras dan menampilkan persembahan hiburan yang berlandaskan Islam.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia bagi memastikan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Islam terus dipelihara. - mStar.
Wan Aisyah ada ulas pasai isu tu dalam facebook dia:

Sumber: Facebook
Walaupun komen Aisyah pasai isu Hard Rock Cafe Putrajaya ni nampak agak bercelaru tapi kira ok la kut untuk komen politik isu spesifik dia yang pertama sejak jadi Pengerusi Lajnah Dewan Muslimat PAS Pusat.

Dah jadi Pengerusi Lajnah Dewan Muslimat PAS Pusat ni mungkin Aisyah patut ubah sikit stail dia update status facebook, biar nampak ada tokoh bakal Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Reakreasi...

Berkaitan:
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...