Dua faktor Azmin kata Khalid Ibrahim tak layak jadi MB Selangor | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 12, 2013

Dua faktor Azmin kata Khalid Ibrahim tak layak jadi MB Selangor

Dari apa yang Azmin cakap tu aku boleh tangkap ada 2 sebab atau faktor yang pada Azmin Ali kerusi Menteri Besar Selangor tak layak diduduki Khalid Ibrahim.

Azmin Ali dalam Sidang Media pada Jumaat ulas pasai kemelut MB Selangor panjang lebar. Keadilandaily terbitkan transkrip ucapan Azmin tu:
Dalam masa 48 jam yang lalu, pelbagai khabar angin beredar di kalangan media, internet dan media sosial berkenaan kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden KEADILAN dan kesetiaan saya kepada Pakatan Rakyat di peringkat Negeri dan Persekutuan. Khabar–khabar angin ini menggambarkan saya akan meletakkan jawatan dalam parti dan sebagai wakil rakyat yang dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen.

Saya percaya khabar–khabar angin ini dimulakan oleh Umno BN. Dari khabar–khabar angin ini, mereka ingin menuduh saya sebagai individu yang tidak bertanggungjawab, yang akan meninggalkan parti untuk kepentingan material dan kedudukan politik, seterusnya mengkhianati amanah yang diberikan kepada saya oleh rakyat... - KeadilanDaily
Kalau hangpa rajin hangpa boleh klik link kat atas tu dan baca keseluruhan transkrip karangan Azmin tu.

Tapi dari apa yang Azmin cakap tu aku boleh tangkap ada 2 sebab atau faktor yang pada Azmin Ali kerusi Menteri Besar Selangor tak layak diduduki Khalid Ibrahim.

1. Khalid Ibrahim tak layak jadi MB Selangor pasai dia tak suka layan wakil rakyat PKR jumpa dia nak minta projek?

2. Khalid Ibrahim tak layak jadi MB pasai tak suka layan profile bisness ahli perniagaan modai airliur yang pemimpin PKR huluq kat dia?

Pasai apa Khalid Ibrahim perlu dikekalkan?

Yang pertama, dia sangat wajar dikekalkan pasai dia dicalonkan dan disokong oleh PAS dan DAP. Perlu diingat, PAS dan DAP bukan saja ada kerusi yang lebih berbanding PKR tapi jumlah wakil rakyat DAP campur DAP pun dah ada majoriti mudah untuk tubuhkan kerajaan tanpa PKR.

Yang keduanya, kalau calon pengganti dia tu Azmin Ali, baik tak payah. Kalau ada calon lain mungkin kut ada sikit relevannya untuk dibincangkan pun.

Yang ketiganya, mungkin video kat bawah ni relevan kut.


Yang keempatnya, pasai apa lambat sangat nak lantik Menteri Besar ni?

mStar melaporkan:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang prihatin terhadap kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor, mengharapkan agar perkara itu dapat diselesaikan dengan segera.

"Dengan setiap saat kelewatan, ia tidak baik untuk Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor.

"Dua negeri (yang dikuasai Pakatan) telah mengangkat sumpah jawatan ketua-ketua negeri mereka dan barisan exco, dan saya fikir Selangor sepatutnya yang paling cepat," katanya dalam satu sidang media pada Sabtu. - mStar.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...