Nasib baik la Syuhaizan yang menang jawatan Ketua Pemuda PAS... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 30, 2014

Nasib baik la Syuhaizan yang menang jawatan Ketua Pemuda PAS...

Kecuali la kalau Anwar memang tak layak dari segi peraturan untuk jadi calon PRK Kajang tu ataupun Anwar terbukti memang seorang penjual pil kuda contohnya, ada la jugak sebab untuk Pemuda PAS protes atas asas pertimbangan kalah menang.

Sinarharian melaporkan:
Selepas beberapa kenyataan membidas peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh, hari ini Pemuda Pas menyatakan akan komited membantu rakan parti yang bertanding dalam PRK Dun Kajang.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, walaupun peletakan jawatan Adun PKR itu tidak disokong, namun sokongan akan terus diberikan kepada calon PR bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti perikatan itu. - Sinarharian.  
Juga dilaporkan:
"Pemuda Pas tetap komited untuk membantu memenangkan calon PR.

"Mungkin kita tidak bersetuju pada perletakan jawatan, tapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas dari genggaman PR," tulisnya dalam laman Facebooknya. - Ibid.
Nasib baik la Syuhaizan yang menang jawatan Ketua Pemuda PAS dalam pertandingan 3 penjuru hari tu, kalau la Kamaruzzaman yang menang tentu punya kenyataan dia lebih kurang sama kalau pun tak lebih keras dari kenyataan Pemuda PAS Selangor.

Aku tak yakin Kamaruzzaman yang begitu 'teguh prinsip' akan peduli dengan kenyataan Salahuddin Ayub dan Mat Sabu.

Memang sangat-sangat tak kena kalau tiba-tiba ketua Pemuda PAS bernada songsang berbanding kenyataan Timbalan Presiden dan kenyataan Naib Presiden.

Cantiknya kenyataan Ketua Pemuda PAS ni bila Sinarharian juga melaporkan Syuhaizan berkata:
"Pemuda Pas tetap komited untuk membantu memenangkan calon PR.

"Mungkin kita tidak bersetuju pada perletakan jawatan, tapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas dari genggaman PR," tulisnya dalam laman Facebooknya. - Ibid.
Maksud aku, tak tepat la kalau ada yang kata ketua pemuda PAS ni jadi balachi Anwar dan PKR. Bab letak jawatan dia tak setuju tapi mamat cina tu dah pun letak jawatan, mana boleh nak tarik balik.

Bab Anwar jadi calon PRK N45 Kajang tu pun tak berbangkit sangat untuk PAS pertikaikan, ikut suka PKR la nak letak sapa pun pasai kerusi tu kerusi depa, lagi pun Lin Chen Cheh tu bukan lompat parti, dia cuma letak jawatan.

Kecuali la kalau Anwar memang tak layak dari segi peraturan untuk jadi calon PRK Kajang tu ataupun Anwar terbukti memang seorang penjual pil kuda contohnya, ada la jugak sebab untuk Pemuda PAS protes atas asas pertimbangan kalah menang.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...