Kalau Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (LDP) dikenakan tol dalam masa terdekat ni memang betul la Najib dan Umno BN dah gila. Baru ada ura-ura kadar tol nak naik pun ramai yang kata menyesal undi BN, kalau tambah lagi tol kompom kut Umno terguling di Johor PRU14 akan datang.
Ruangan bisnes TheStar yang buat analisa 10 saham yang perlu diperhatikan untuk tahun 2014. Aku bukan takat tak reti bab saham bab, ekonomi pun aku tak reti tapi ada 'berita baik' terselit dalam analisa tu, 'berita baik' untuk penchachai yang undi BN masa PRU13 dulu terutama sekali rakyat Johor.
Ada beberapa blog penchachai Umno BN sendiri yang ulas pasai 'berita baik' ni yang sampai blog Gerakan Anti PKR tulis posting dengan tajuk:
INI KERJA GILA ! PEMBINAAN TOL DI LEBUHRAYA EDL : BN PUSAT MENEMPAH MAUT DI PRU 14 ?Salah satu dari 10 saham yang patut diperhatikan tu adalah MRCB yang dikatakan ada beberapa 'catalist' dan salah satunya adalah kutipan tol
And they are positive on the outcome from their negotiations with the Government on charging toll on its Eastern Dispersal Lin Expressway (EDL). If successful, this would be a cash cow for MRCB. - TheStar.Lebuhraya yang pada bulan September 2012 Najib Razak sendiri janji dalam parlimen takkan dikenakan tol pasai kerajaan akan ambil alih dari MRCB.
Malaysiakini melaporkan:
Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada tol akan dikenakan di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor Bahru.Kalau tengok ke laporan MRCB tu nampak gayanya kerajaan tak jadi la kut nak ambilalih lebuhraya tu dari MRCB jadi terpaksa la benarkan MRCB kutip tol.
Bt Jalil Merdeka NajibPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kanan) berkata cadangan pengambilalihan EDL di Johor Baharu oleh kerajaan daripada pemegang konsesi sedia ada masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan. - Mkini.
Kalau ikut blog penchachai Umno BN katanya kerajaan pusat janji nak bayar MRCB RM500juta tapi setakat ni cuma mampu bayar RM50 juta saja. Kalau tengok kepada menggelabahnya Najib dengan kedudukan kewangan kerajaan memang patut pun kerajaan tak mampu bayar macam yang dijanjikan tu.
Kalau Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (LDP) dikenakan tol dalam masa terdekat ni memang betul la Najib dan Umno BN dah gila. Baru ada ura-ura kadar tol nak naik pun ramai yang kata menyesal undi BN, kalau tambah lagi tol memang tak mustahil Umno terguling di Johor PRU14 akan datang.
Ditambah pulak dengan isu-isu lain termasuk kasino di Iskandar Malaysia, hampir pasti kut Hj Salahuddin Ayub akan dinobatkan sebagai Menteri Besar yang baru lepas PRU14 nanti.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis