Krisis air Selangor: Khalid Ibrahim menang Faekah jugak yang untung? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 09, 2014

Krisis air Selangor: Khalid Ibrahim menang Faekah jugak yang untung?

Yang aku mushkilnya pasai apa nama Faekah jugak yang naik, takkan takdak orang lain yang Khalid Ibrahim percaya yang boleh buat kerja. Hebat sangat ka Faekah tu sampai nak uruskan bab air di Selangor pun Faekah jugak yang Khalid Ibrahim nampak?

TheMalaysianInsider melaporkan:
Kerajaan Negeri Selangor hari ini memuktamadkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan disambung semula selepas melalui beberapa rundingan dengan kerajaan Pusat bagi mengatasi masalah air yang kerap melanda negeri berkenaan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).

Abdul Khalid berkata, kerajaan Pusat yang ditadbir Barisan Nasional (BN) melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) juga bersetuju menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi mengambil alih tiga konsortium air di negeri berkenaan. - TMI.
Akhirnya dah semakin nampak jelas yang Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor akan menang dalam isu krisis air di Selangor ni.

Walaupun kerajaan negeri tak berjaya dalam usaha untuk ambilalih syarikat konsesi tapi namppaknya penswastaan air di Selangor akan berjaya ditamatkan jugak.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
"Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 telah menyatakan hasrat untuk mengambilalih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA sekiranya tiada penyelesaian berhubung rancangan pengambil alihan konsesi air oleh kerajaan negeri dengan syarikat konsesi pada 31 Disember 2013," kata Abdul Khalid kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata, rancangan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih konsesi air berkenaan gagal selepas "jangkaan tidak realistik di kalangan pemegang saham yang berkenaan terhadap nilai ketara pegangan ekuiti mereka dalam syarikat konsesi air."

"Perbincangan yang kami lakukan untuk pengambil alihan atas dasar 'willing buyer willing seller' seperti ditetapkan kementerian telah gagal dimuktamadkan pada tarikh tamat tempoh rundingan iaitu pada 31 Disember 2013.

"Sehubungan itu, saya telah berbincang dengan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semalam dan bersetuju untuk memberi kerjasama penuh kepada kementerian dan kerajaan Pusat menggunapakai Seksyen 114," katanya selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini. - Ibid.
Kerajaan Negeri dah cuba bincang elok-elok tapi depa tak setuju jugak, jenis kapitalis memang takkan setuju la kalau depa dasa depa boleh dapat harga lebih baik. Bila dah guna undang-undang ni mau tak mau depa terpaksa jual jugak, dan bab harga aku rasa Khalid Ibrahim tak berapa peduli sangat kut pasai bukan kerajaan negeri yang kena keluar duit tapi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Lagi satu kemenangan Khalid Ibrahim bila dia kemungkinan besar akan berjaya letakkan 'orang dia' untuk uruskan hal air di Selangor tu.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Kerajaan Negeri Selangor bagaimanapun meletakkan syarat agar Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melantik dua pentadbir syarikat konsesi berkenaan iaitu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin.

"Ini adalah perlu kerana Selangor memiliki kebanyakan dari aset air di negeri ini dan Kuala Lumpur," katanya yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak. - Ibid.
Yang aku mushkilnya pasai apa nama Faekah jugak yang naik, takkan kat negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia tu takdak orang lain yang Khalid Ibrahim percaya, hebat sangat ka Faekah tu sampai bab nak uruskan masalah air di Selangor pun Faekah jugak yang Khalid Ibrahim nampak?

Kesian kat Azmin, bagi la peluang kat Azmin pulak letak orang dia untuk jaga bab air tu, orang Azmin pun nak cari makan jugak...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...