Persidangan Agung Umno dengan cadangan mengarut oleh perwakilan bangang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 07, 2013

Persidangan Agung Umno dengan cadangan mengarut oleh perwakilan bangang

Lebih BANGANG lagi Shafie Apdal tu adalah juga Menteri Perpaduan , Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Nak kata apa lagi, kalau dah menteri pun BANGANG, tahap perwakilan Persidangan Agung Umno beraksi bangang tu biasa la...

TheMalaysianInsider melaporkan:
Sepanjang tiga hari Perhimpunan Agung Umno 2013 berlangsung, isyarat diberikan oleh parti Melayu terbesar itu adalah mereka semakin hilang sentuhan dengan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Di kala orang ramai dikejutkan dengan pelarasan demi pelarasan subsidi, daripada minyak, gula dan terbaru elektrik, perbahasan perwakilan Umno dalam perhimpunan kali ini memperlihatkan mereka seolah-olah tidak hidup di bumi nyata sehingga ada yang mencadangkan Putrajaya perlu melahirkan lebih banyak jutawan Melayu untuk memastikan Islam terbela. - TMI
Memang macam tu la kalau dah lama sangat, dah ketinggalan zaman. Ditambah lagi dengan ahli Umno cuma tinggal yang bodoh saja macam kata Dr. Mahathir sebelum ni, kalau ada yang pandai pun terpaksa beraksi bodoh untuk kekal relevan dalam Umno.
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS. - Sinarharian.
Pasai tu dalam PAU kali ni macam-macam cadangan BANGANG dari para perwakilan.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Semalam Datuk Mohd Haniff Koslan dari Umno Selangor menegaskan, jutawan di kalangan kaum Melayu masih kecil jika dibandingkan dengan kaum lain, hanya lapan orang daripada 50 jutawan (16%) di negara ini.

"Jutawan Melayu penting sebab orang Melayu beragama Islam. Bila orang Melayu kaya, Islam terbela," katanya semasa membahas ucapan dasar Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur petang semalam. - Ibid.
Tara ni ja tahap pemikiran perwakilan Umno yang mengaku pejuang Islam. Apa jaminan kalau ramai orang Melayu beragama Islam jutawan Islam akan terbela, tambah-tambah kalau depa yang kaya tu melalui 'kabel' Umno yang tentu punya melibatkan rasuah dan penyelewengan.

Ada hadith Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api Neraka". (Hadis Riwayat at-Tabrani) - Facebook.
Sangat tak logik orang yang dijamin masuk neraka akan bela Islam. Tapi dengan puak-puak bangang ni cakap logik pun tak guna malah hadith tu pun aku yakin ramai dari kalangan depa yang tak pernah dengar pun.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Ketika Barisan Nasional (BN) hilang sokongan daripada majoriti bukan Melayu semasa Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) lalu, perwakilan dari Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir mencadangkan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak ditukar kepada 1Melayu. - Ibid.
Yang ni lagi la terserlah kebangangannya. Tara selogan 1Malaysia yang sepatutnya semua rakyat Malaysia pelbagai kaum sambut dengan tangan terbuka pun ramai yang bukan takat tak sambut malah depa buat olok-olok, tambah pulak la kalau selogan rasis 1Melayu pulak digunakan.

Nasib baik la komponen BN yang lain macam Gerakan bantah dan tak bangang macam perwakilan Umno tu dan cadangkan pulak 1Cina.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Gerakan Pulau Pinang tidak teruja dengan saranan pemimpin dalam parti komponennya, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mengangkat slogan 1Melayu dan menggesa semua pemimpin Umno di peringkat akar umbi yang mengeluarkan kenyataan rasis agar memohon maaf. - TMI.
Nasib baik la ramai yang tak setuju tapi yang herannya depa tak anggap selogan 1Melayu ni bukan perkauman. Sampai macam tu punya jelas ciri perkauman pun ada lagi yang terlalu BANGANG nak tegakkan jugak benang yang basah lencun tu.
Pemimpin Tertinggi Umno tidak bersetuju dengan cadangan perwakilan supaya Salam 1Malaysia ditukar kepada Salam 1Melayu kerana ia tidak mencerminkan niat sebenar Umno dan hanya pendapat peribadi.

Bagaimanapun rata-rata mereka menganggap cadangan itu tidak bersikap perkauman sebaliknya hanya satu kata semangat bagi menyatukan ahli parti.

Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal berkata ajakan untuk perpaduan sesama bangsa bukanlah sifat perkauman sebaliknya penting dalam perjuangan parti. - Mkini.
Lebih BANGANG lagi Shafie Apdal tu adalah juga Menteri Perpaduan , Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Nak kata apa lagi, kalau dah menteri pun BANGANG, tahap perwakilan Persidangan Agung Umno beraksi bangang tu biasa la...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...