Perjanjian AES bawah OSA : Senangnya menteri Umno yang BANGANG ni jawab... (video parlimen) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 07, 2013

Perjanjian AES bawah OSA : Senangnya menteri Umno yang BANGANG ni jawab... (video parlimen)

Memang menteri tu tak boleh jawab bila kena asak pasai apa perjanjian AES diklifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), jadinya jawapan BANGANG la yang keluar.

Malaysiakini melaporkan:
Persidangan Dewan Rakyat hari ini berakhir dengan suasana riuh apabila Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengelak untuk menjawab asakan Ahli Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika membahaskan Akta Tatacara Kewangan 1957 meminta menteri terbabit menjelaskan mengapa perjanjian AES dengan dua syarikat Beta Tegap dan AES Solution diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Bagi Mahfuz, perjanjian itu tidak sepatutnya dirahsia kerana ia tidak melibatkan keselamatan negara sebaliknya ia melibatkan hak rakyat. - Mkini.  
Ini yang bagusnya Hj Mahfuz ni, walaupun kalah dalam pemilihan untuk jawatan Naib Presiden tapi langsung tak mengganggu prestasi dia di perlimen. Tambah-tambah lepas dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS yang baru, memang sesuai sangat.

Malaysiakini juga melaporkan:
Mahfuz yang bangkit beberapa kali ketika Ahmad Maslan menjawab turut menyelar kerajaan yang tidak ada kuasa untuk dedahkan perjanjian itu menjadi perkara umum.

"Sebenarnya, kerajaan ada kuasa untuk keluarkan perjanjian itu kerana Peguam Negara sendiri mengakui ada kesilapan dalan pelaksanaan AES.

"PM dan kabinet ada kuasa. Isu perjanjian mengapa tak boleh jawab? Kalau kabinet tidak ada kuasa semua menteri letak jawatan!"bidas Mahfuz yang diikuti dengan suara riuh dari kedua-dua belah pihak Pakatan Rakyat dan BN. - Ibid.
Yang BANGANGnya menteri dari Umno punya jawapan. Bila dah tak tahan kena asak dengan Mahfuz, boleh dia layan dengan lagak BANGANG.

Malaysiakini juga melaporkan:
Bagaimanapun Ahmad Maslan pula masih gelak-gelak dengan asakan Mahfuz itu dan cuba mengalihkan isu dengan membangkitkan persoaan lain termasuk menyatakan soal jumlah kemalangan.

"Terpulang kepada saya untuk menjelaskan atau tidak,"kata Ahmad Maslan selepas menerima asakan demi asakan daripada Mahfuz berhubung perjanjian AES itu. - Ibid.
Kalau dalam Persidangan Agung Umno takpa la guna jawapan BANGANG macam tu pasai aksi bangang macam tu memang biasa dalam Persidangan Agung Umno tapi ini parlimen dan hang tu menteri.

Memang menteri tu tak boleh jawab bila kena asak pasai apa perjanjian AES diklifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), jadinya jawapan BANGANG la yang keluar.

Tapi nak kata apa, memang tahap tu ja standard menteri kabinet Najib, lebih kurang macam 'mesyuarat tingkap' dalam filem Do Re Mi arahan dan lakonan P. Ramlee jaa...

Kredit video: KiniTv

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...