Isu Mat Sabu syiah: KDN lebih percaya mahkamah rakyat dari mahkamah sebenar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 15, 2013

Isu Mat Sabu syiah: KDN lebih percaya mahkamah rakyat dari mahkamah sebenar?

Tak payah la main wayang konon soal akidah. Episod bangang drama KDN ni tak lebih sekadar beraksi macam 'si anjing Umno' dan sebenarnya KDN sendiri memang tak percaya tindakan mahkamah akan menguntungkan pasai tu depa pilih untuk dakwa Mat Sabu Syiah di 'mahkamah rakyat'.

mStar melaporkan:
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. - mStar.
Pasai apa pulak sibuk suruh Mat Sabu jawab bukti KDN tu. Kalau betul KDN yakin Mat Sabu Syiah, pasai apa tak terus dakwa di mahkamah dan biar Mat Sabu jawab dalam mahkamah, takkan KDN pun tak percaya dengan mahkamah.

Kalau Mat Sabu tak berapa nak sedia saman di mahkamah aku boleh faham, mungkin dia rasa tak berapa nak boleh menang. Bukan pasai dia sebenarnya syiah bahkan sejak lama dulu lagi dia dah nafikan dia syiah tapi kemungkinan besarnya mungkin pasai dia tak yakin mahkamah akan berlaku adil.

Tapi kalau Zahid Komedi, Zamihan dan KDN pun takut nak dakwa Mat Sabu di Mahkamah pasai takut mahkamah tak berlaku adil, tu dah kira satu lagi lawak jenaka.

mStar juga melaporkan:
Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.

"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya. - Ibid.
Ni satu lagi alasan bangang. Salah satu, samada Zamihan yang bangang ataupun dia cuba membangangkan Zahid Komedi. Kalau betul ada 'bukti eksklusif Grad A' maknanya dia cuba membangangkan Zahid Komedi yang sebelum ni kata Ketua Setiausaha KDN akan bentangkan bukti kongkrit, kongkrit apanya kalau takat bukti Gred B.

Tapinya aku yakin 'bukti Gred A' tu cuma kelentong Zamizan saja. Kalau betul ada bukti Gred A tu dah lama dah bukti tu keluar. Takkan la di boleh tahan bila bukti yang dia sediakan untuk Ketua Setiausaha KDN baca dalam sidang khas tu jadi bahan lawak orang ramai yang cukup memalukan.

Apa pun, aku yakin KDN takkan berani pastikan JAKIM atau jabatan agama negeri dakwa Mat Sabu di Mahkamah. Dengan kuasa 'kabel' yang depa ada takdak masalah langsung kalau KDN nak pastikan Mat Sabu didakwa di Mahkamah.

mStar juga melaporkan:
"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.

Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.

"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya. - Ibid.
Tak payah la main wayang konon soal akidah. Episod bangang drama KDN ni tak lebih sekadar beraksi macam 'si anjing Umno' dan sebenarnya KDN sendiri memang tak percaya tindakan mahkamah akan menguntungkan pasai tu depa pilih untuk 'dakwa' Mat Sabu di 'mahkamah rakyat'.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...