Alasan bodoh menteri cuba bodohkan rakyat untuk tutup kebodohan kerajaan?odohkan rakya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 15, 2013

Alasan bodoh menteri cuba bodohkan rakyat untuk tutup kebodohan kerajaan?odohkan rakya

Alasan tol naik dari menteri yang bodoh tu sebenarnya adalah alasan bodoh untuk membodohkan rakyat untuk tutup kebodohan kerajaan yang buat perjanjian bodoh dengan pemegang konsesi tol. Walaupun 57% rakyat Malaysia tak bodoh realitinya depa pun sebenarnya berjaya Umno BN perbodohkan jugak.

mStar melaporkan:
Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain. - mStar.   
Kesian rakyat Malaysia yang tak habih-habih diperbodohkan oleh menteri Umno BN. Walaupun sejak PRU13, yang berjaya Umno BN perbodohkan tu cuma 47% tapi kesannya yang majoriti 53% tu pun terpaksa tanggung sama.

Kerajaan Umno BN memperbodohkan rakyat, tak bagi naik kadar tol selama 3 tahun sebenarnya takdak pasai lain melainkan takut kalah dalam PRU13 yang lepas. Kalau tol naik macam perjanjian yang kerajaan Malaysia tandatangan kompom kut Umno BN kalah dalam PRU13 lepas.

Rakyat yang diperbodohkan tu terus bagi undi kepada calon Umno BN pasai depa rasa konon kerajaan perihatin masalah rakyat tapi sebenarnya depa diperbodohkan bertingkat-tingkat bila kerajaan bayar RM400juta pampasan pasai sekat kenaitak tol tu guna duit rakyat jugak.

Tak cukup dengan tu, kali ni Menteri nak memperbodohkan rakyat sekali lagi. mStar juga melaporkan:
Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba. - Ibid.
Lebih membebankan apanya? Sama saja kalau tol naik atau tak naik, yang kena bayar tetap rakyat jugak. Menteri Umno BN yang buat perjanjian konsesi yang bodoh tu tak perlu bayar. Kalau depa bayar pun depa klaim balik duit tu dan dibayar guna duit rakyat jugak.

Alasan tol naik dari menteri yang bodoh tu sebenarnya adalah alasan bodoh untuk membodohkan rakyat untuk tutup kebodohan kerajaan yang buat perjanjian bodoh dengan pemegang konsesi tol. Walaupun 57% rakyat Malaysia tak bodoh realitinya depa pun sebenarnya berjaya Umno BN perbodohkan jugak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...