Kabinet BPPN Kelantan ni paling menarik sekali ekoran 'perang dingin' antara Timb Menteri Besar Ust Nik Amar vs bekas Exco kanan Hj Husam Musa. Aku dok rasa macam nama Hj Husam akan terpelanting terus dari BPPN kali ni rupa-rupanya tak tapi dia diturunkan pangkat dari TPJ 2 ke TPJ 3.
Tiga negeri yang PAS dikatakan paling kuat dah pun selesai membentuk kabinet Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) oleh 3 Pesuruhjaya yang baru.
Di Kedah Hj Mahfuz menggantikan Allahyarham Ust Azizan yang meninggal dunia, di Kelantan Ust Ahmad Yaakob menggantikan TG Nik Aziz yang pilihh untuk berehat dan di Terengganu Ust Saiful Bahri menggntikan Abdul Wahid Endut yang tak disebut pulak pasai apa cuma jadi PJ satu sesi saja.
Untuk BPPN Kedah:
Pesuruhjaya : Hj Mahfuz Omar
Timb Pesuruhjaya 1 : Ir. Amiruddin Hamzah
Timb Pesuruhjaya 2 : Dr. Ismail Salleh
Timb Pesuruhjaya 3 : Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (baru)
Setiausaha : Ustaz Musodak Ahmad
Bendahari: Muhd Sobri Osman
Petua Penerangan: Sanusi Md Noor
Pengarah Pilihanraya: Che Had Dhali
Ajk tambahan : Ust Abu Kasim, Senator Yusof Husain, Dr. Mohd Hayati Othman, Ustaz Ahmad Yahya, Ustaz Ahmad Izat Shauki, Taufek Baharom (peguam) dan Siti Rasazah Razak (peguam).
Untuk Kedah ni aku tak nampak perubahan sangat kecuali nama Ir. Pharolrazi yang berkonfrantasi dengan Allahyarham Ust Azizan sebelum ni. Lagi satu yang aku perasan Pak Chop dah tak jadi Pengarah Pilihanraya tapi masih jadi AJK Perhubungan.
Ramai pemerhati dan pengkritik PAS Kedah tak berapa puas hati Mahfuz kekalkan Sanusi sebagai Ketua Penerangan. Takdak masalah apa kut dia sebagai ketua Penerangan, yang depa tak puashati tu atas persepsi dia sebagai Setiausaha Politik MB sebelum ni.
Harap-harap dengan pimpinan Hj Mahfuz PAS Kedah boleh jadi elok balik lepas kalah teruk dalam PRU13 yang lepas hasil yang dikatakan cuma sekadar peperangan 'dalam cawan' tapi kesan dia cukup parah.
Untuk BPPN Terengganu:
Pesuruhjaya : YB. Ust Saiful Bahri
Timb Pesuruhjaya 1 : Dr Alias Razak
Timb Pesuruhjaya 2 : Yahaya Ali
Timb Pesuruhjaya 3 : Ust Nik Zawawi Salleh
Setiausaha : Muhyiddin Abdul Rashid
Pen Setiausaha 1: Zakaria Dagang
Pen Setiausaha 2: Abdullah Suhaimi Zakaria
Pen Setiausaha 3: Hanafiah Mat
Bendahari: M Shukrimun Shamsudin
Petua Penerangan: Ustaz Mohd Nor Hamzah
Pengarah Pilihanraya: Ariffin Deraman
Untuk BPPN Terengganu ni aku tak berapa pasti pasai apa Abdul Wahid Endut tak disambung lagi sebagai Pesuruhjaya. Walaupun Ust Saiful Bahri ni bukan 'national figure', mungkin kut dia ni power sungguh untuk PAS Terengganu.
Ada member yang buat lawak kata Presiden silap terpilih Wahid Endut sebagai PJ sessi sebelum ni, tak sepatutnya negeri TG Presiden sendiri PJnya bukan dari kalangan ulama.
Apa pun harap-harap dengan PJ yang baru, usaha PAS Terengganu untuk ganti Umno kali ni akan berjaya. Cumanya aku harap sangat cuma setakat ganti Umno perintah negeri saja bukan sampai tahap bersedia tidur ke sebantal dengan Umno macam yang ramai pembenci UG dok canang.
Untuk BPPN Kelantan
Pesuruhjaya : Ust Ahmad Yaakob
Timb Pesuruhjaya 1 : Ust Nik Amar Abdullah
Timb Pesuruhjaya 2 : Dr. Johari Mat
Timb Pesuruhjaya 3 : Husam Musa
Setiausaha : Zulkifli Mamat
Pen Setiausaha 1: Nasir Daud
Pen Setiausaha 2: Ustaz Asri Mohd Zain
Bendahari: Hanifa Ahmad
Petua Penerangan: Nasaruddin Daud
Pengarah Pilihanraya: Takiyuddin Hassan
Ajk tambahan : Dr Fadzli Hassan, Wan Nik Wan Yussof, Che Abdullah Mat Nawi, Nik Bahrum Nik Abdullah, Mumtaz Md Nawi, Abdul Fatah Mahmood dan Ust Abdullah Yacob.
Kabinet BPPN Kelantan ni paling menarik sekali ekoran 'perang dingin' antara Timb Menteri Besar Ust Nik Amar vs bekas Exco kanan Hj Husam Musa.
Aku dok rasa macam nama Hj Husam akan terpelanting terus dari BPPN kali ni rupa-rupanya tak tapi dia diturunkan pangkat dari TPJ 2 ke TPJ 3.
Harap-harap lepas ni 'perang dingin' antara Ust Nik Amar vs Husam tu cuma bertenpur di meja mesyuarat perhubungan saja, tak lagi keluar sampai ke tahap masuk dalam Sidang Dun.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis