Apa kejadahnya pulak Mat Sabu yang kena bagi bukti yang Mat Sabu bukan Syiah. Konsep perundangan dalam Islam cukup jelas dan mudah, pihak yang tertuduh bersumpah menafikan dan pihak yang menuduh yang kena bagi bukti.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan bukti mengaitkan pemimpin nombor dua PAS, iaitu Mohammad Sabu (gambar) dengan fahaman Syiah seperti didakwa menterinya,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusinya, Abdul Rani Kulup, berkata dakwaan yang dikatakan menteri tersebut adalah perkara serius sekiranya benar kerana ia bakal mengancam agama Islam di negara ini. - TMI.
Ni NGO mana pulak ni tiba-tiba ja muncul. Kalau tengok ke laporakan TMI ni nampak macam lebih kurang macam PERKASA ja, mengaku "mendukung Malaysia sebagai sebuah negara Islam", tapi nampak macam konsep asas dalam Islam pun tak berapa nak faham.
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Beliau turut menyelar penafian Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kerana ia tidak disertakan dengan bukti.Apa kejadahnya pulak Mat Sabu yang kena bagi bukti yang Mat Sabu bukan Syiah.
"Sebagai NGO, kita tidak berpihak dengan mana-mana parti politik kerana apa yang kita tentang ialah fahaman Syiah.
“Penafian Mat Sabu juga perlu disertakan dengan bukti, barulah rakyat yakin,” katanya. - Ibid.
Konsep perundangan dalam Islam cukup jelas dan mudah, pihak yang tertuduh bersumpah menafikan dan pihak yang menuduh yang kena bagi bukti.
Mat Sabu dah pun menafikan tuduhan kata dia syiah dan secara terang kata "Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah,"
Yang KDN ni pun, awat lambat sangat nak buat Sidang khas dedahkan bukti yang konon kata depa ada tu.
Bharian melaporkan:
Sekurang-kurang lima bukti kukuh akan dikemukakan bagi membuktikan kegiatan serta kecenderungan seorang pemimpin kanan PAS terhadap fahaman Syiah di negara ini.Kalau bukti setakat kagum dengan Khomeini dan ulama Syiah Lubnan dan kerap berkunjung ke Iran tak cukup kuat kut nak kata Mat Sabu menganut Syiah.
Menurut sumber, segala bukti itu sudah lama dikumpul pihak berkuasa yang sememangnya sudah sekian lama menyedari kegiatan pemimpin PAS terbabit yang mengamalkan fahaman bertentangan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Antara kecenderungan pemimpin PAS terbabit terhadap gerakan Syiah ialah mengagumi serta menyeru supaya meneladani pemimpin revolusi Iran iaitu Ayatollah Khomeini, serta perlu menyokong pemimpin Iran itu.
Beliau juga secara terangan mengakui mengagumi ulama Syiah Lubnan selain turut menuntut ilmu agama dengan seorang guru agama Syiah di utara tanah air dan kerap berkunjung ke Iran.
Semua bukti itu sudah ada dengan pihak berkuasa dan ia akan didedahkan kepada umum satu masa nanti, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. - Bharian.
Harap-harap KDN boleh bagi bukti video atau paling kurang bukti bergambar yang jelas menunjukkan Mat Sabu mengamalkan ajaran Syiah baru sedap nak dakwa Mat Sabu Syiah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis