Ust Kazim Elias Al-Hafiz bakal jadi macam Ust Firdaus Ismail Al-Hafiz? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 29, 2013

Ust Kazim Elias Al-Hafiz bakal jadi macam Ust Firdaus Ismail Al-Hafiz?

Kalau sebelum ni Ust Kazim ni kata konon dia tak minat dengan politik, dia belah kiri bukan kanan pun bukan, sokong PAS pun dak sokong Umno pon dak, kalau ada bendera parti dia takmau ceramah, sekarang ni bila Ustaz Kazim dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, terbukti kata-kata dia tu kata-kata orang MUNAFIQ.

UmnoOnlione melaporkan:
Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Berikut adalah senarai MT tambahan:
1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd Shakar Samsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
9. Ustaz Mohammad Kazim Elias - UmnoOnline. 
Saja aku quote berita dari UmnoOnline sendiri, biar jelas dan terang. Tahniah Ust Kazim kerana akhirnya berjaya dapat 'habuan' yang cukup hebat dari Umno.

Aku sebenarnya cukup sakit hati sebelum ni bila tengok ada lagi orang PAS yang kemaruk sangat ilmu sampai sanggup jemput ustaz Umno ni bagi kuliah atau tazkirah. Macam dah takdak ustaz lain yang boleh depa jemput.

Dengan perlantikan Ust Kazim ni sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno aku harap semua orang PAS yang sebelum ni terkilaf akan bukak mata.

Kalau sebelum ni Ust Kazim ni kata konon dia tak minat dengan politik, dia belah kiri bukan kanan pun bukan, sokong PAS pun dak sokong Umno pon dak, kalau ada bendera parti dia takmau ceramah, sekarang ni bila Ustaz Kazim dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, terbukti kata-kata dia tu kata-kata orang MUNAFIQ.

Apa pun, aku nak ucap terima kasih kepada Najib pasai lantik mamat ni sebagai MT Umno. Dengan perlantikan dia ni riwayat 'selebriti' dia akan tamat tak lama lagi.

Kalau dia ada sikit keberanian macam Ustaz Fathul Bari yang masih berani jugak belasah Umno BN termasuk Najib walaupun nampak takut-takut mungkin riwayat 'selebriti' dia akan sikit panjang.

Kalau tanya budak-budak muda yang baru nak kenal politik siapa Ustaz Firdaus Ismail Al-Hafiz aku yakin kebanyakannya tak kenal, padahal masa dia jadi Imam Besar Masjid Negara dulu dia cukup terkenal dan dihormati oleh semua pencinta ilmu Islam.

Bila dia masuk Umno dia bertukar jadi teruk macam kebanyakkan pemimpin Umno sampai tahap dia sanggup sepak tong undi bila dia tau yang dia kalah dalam pilihanraya lawan Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh.

Macam tu jugak Brid Jen (B) Hamid Zainal Abidin, Dr. Abdullah bin Md. Zin dan beberapa orang lagi tokoh agama yang cukup terkenal sebelum ni tapi lepas depa masuk Umno nama depa cuma mampu bertahan takat sepenggal saja.

Lepas tu bila depa dah jadi teruk macam kebanyakkan pemimpin Umno orang Umno pun rejek depa dan depa jadi kupang tembaga.

Berkaitan
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...