Muzakarah langkah pertama untuk PAS dan Umno bergabung? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 29, 2013

Muzakarah langkah pertama untuk PAS dan Umno bergabung?

Kalau takat untuk dapatkan undi 2/3 untuk pinda perlembagaan untuk membenarkan perlaksanaan hukum hudud, tak payah tunggu PAS bergabung dengan Umno malah muzakarah pun tak perlu, pasainya aku cukup yakin kalau ada yang bawak usul tu tentu punya wakil rakyat PAS akan sokong.

Harakahdaily melaporkan:
Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

“Apabila Umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang Melayu, mereka menindas umat Islam,” ujarnya dipetik blog Gendang Perang. - Hrkh.  
Sebelum tu AstroAwani ada melaporkan:
PAS secara terbuka menyatakan kesediaannya bermuzakarah dengan seteru tradisinya UMNO untuk berbincang mengenai perlaksanaan pentadbiran Islam di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sedia pada bila-bila masa bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat.

"PAS bersedia untuk muzakarah dengan Umno dalam isu perlaksanaan Islam.

"Kita perlu letakkan hukum Islam di hadapan," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini, hari ini. - AstroAwani.
Sejak Presiden PAS kata PAS bersedia bermuzakarah dengan Umno tu, penchachai pro Umno yang mengaku pejuang melayu sibuk mempromosikan muzakarah Umno dan PAS ni.

Tambah-tambah bila ada pertemuan antara MB Kelantan dan Perdana Menteri, ramai yang tengok pertemuan itu sebagai pertemuan antara PAS dan Umno walaupun ditekankan pertemuan tu antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat dan takdak bincangkan pasai parti.

Aku yakin ramai yang mengharapkan muzakarah tu jadi kenyataan dengan harapan muzakarah tu jadi langkah pertama untuk usaha menggabungkan PAS dan Umno.

Hari Sinarharian melaporkan:
Pas dan Umno perlu bergabung untuk mendapatkan kuota dua pertiga yang diperlukan bagi meminda perlembagaan untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Zainal Keling berkata, hasil daripada gabungan tersebut juga sekali gus dapat melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan.

“Sebagaimana yang kita tahu, Umno tidak pernah menolak hudud, cuma pelaksanaannya tidak dapat dilakukan buat masa sekarang kerana undang-undang tersebut memerlukan banyak penelitian pelbagai aspek, malah tenaga untuk melaksanakannya juga masih belum mencukupi.

“Umno juga tidak perlu membuka mulut untuk menjawab semua persoalan yang menjadi pertanyaan banyak pihak tentang pelaksanaan tersebut, jika perlembagaan tidak dipinda, kita tidak mendapat majoriti dua pertiga, ia tidak akan terlaksana dan kerajaan persekutuan secara automatiknya tidak boleh melaksanakannya,” katanya kepada Sinar Harian semalam. - Sinar.
Kalau takat untuk dapatkan undi 2/3 untuk pinda perlembagaan untuk membenarkan perlaksanaan hukum hudud, tak payah tunggu PAS bergabung dengan Umno malah tak payah muzakarah pun takpa, pasainya aku cukup yakin kalau ada yang bawak usul tu tentu punya wakil rakyat PAS akan sokong.

Bukan takat sokong tapi aku yakin Ahli Parlimen PAS yang sesetengah pihak label sebagai liberal macam Khalid Samad dan Dr. Dzulkifli Ahmad akan bangun berbahas untuk menyokong usul tu.

Apa pun aku yakin isu muzakarah ni panasnya sekejap saja pasainya takkan ke mana isu ni. Muzakarah tu pun kalau berjaya diadakan hasilnya tentu punya negatif.

Pasainya Umnno memang tak ikhlas bukan setakat untuk bergabung malah untuk bermuzakarah dengan PAS pun Umno tak ikhlas. Kalau Umno ikhlas dan bersungguhy-sungguh memang nak tegakkan undang-undang hudud dah lama dah hudud tertegak di Malaysia. Kalau Umno ikhlas dan bersungguh-sungguh nak jaga kebajikan orang melayu, dah takdak orang melayu yang merempat di Malaysia ni.

Aku cukup yakin majoriti ahli PAS takkan benarkan PAS bergabung dengan Umno.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...